..assalamualaikum...
..mesti ada diantara kita yang sibuk dalam membuat persiapan menyambut hari raya aidiladha(raya haji) tapi raya haji ni..taklah semeriah aidilfitri..namun sambutan aidiladha ini punya hikmah dan erti tersendiri..so..kali ni mad nak coretkan sedikit erti pergorbanan ini..agar dapat kita menghayatinya dalam sambutan aidiladha yang bakal menjelang tiba..
..pergorbanan..!!!
apa makna sebenar pergorbanan..?perlukah diungkit..?perlukah pergorbanan itu diungkit demi menghargai seseorang? kepada siapa sebenarnya kita berkorban..? adakah ini makna pergorbanan..cuba kita fikirkan sejenak..
didalam hidup ini pergorbanan amat diperlukan..sama ada didalam percintaan..didalam berumah tangga..didalam kerjaya..didalam hidup kita sendiri..dan lebih-lebih lagi terhadap agama kita sendiri...
..sesungguhnya hari raya korban atau hari raya aidiladha. ini membawa erti yang cukup besar kepada seluruh umat islam didunia..ia juga dikenali sebagai hari raya haji mengambil sempena umat islam yang sedang menunaikan haji. ditanah suci mekah...pergorbanan masa..wang ringgit..diri..semata-mata mahu menunaikan tuntutan rukun islam yang ke 5..patut kita contahi...
..menjelang hari mulia ini juga..kita sering teringat kepada sejarah nabi ibrahim.yang sanggup menyembelih anaknya nabi ismail selepas menerima wahyu perintah ALLAH SWT..untuk berbuat demikian...PERISTIWA INI ADALAH SATU SIMBOLIK kepada umat mentaati perintah ALLAH SWT...dengan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkanya..
..pada hakikatnya pergorbanan korban bukan sekadar menyembelih binatang korban dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin..kerana penting setiap daripada kita menghayati dan memahami erti pergorbanan sebenar lebih-lebih lagi kepada ALLAH SWT...
korban beramai-ramai
namun didalam kehidupan hari ini kebanyakkan daripada kita terlalu mengejar dan membuat sebuah pergorbanan semata-mata untuk kepentingan sendiri..nama..dan pergorbanan yang bersifat keduniaan..
adakah diantara kita yang masih mampu melakukan pergorbanan oleh kerana ALLAH SWT atau dijalan ALLAH SWT...??
..didalam sebuah pergorbanan..tidak semestinya dengan wang ringgit..pergorbanan masa..dan kesanggupan diri itulah yang lebih penting dan bermakna..apa yang penting biarlah atas dasar keiklasan semata-mata..
dalam menjana pembagunan dan kemajuan hidup kita sewajarnya menjadikan peristiwa dan sambutan hari raya korban ini sebagai ispirasi didalam kehidupan...
berkorban bukan saja..membawa erti tentang kesanggupan seseorang itu untuk menyerahkan harta atau apa jua yang disayangi kerana menginsafi akan keperluan orang lain yang lebih memerlukan..tetapi kesanggupan seseorang itu berbuat demikian..
dalam kita menyambut hari raya aidiladha ini..sama-sama kita muhasabah diri..agar setiap apa yang kita lakukan biarlah atas dasar pergorbanan kerana ALLAH SWT..yang akan menjadikan kita manusia yang sentiasa bersyukur....jadikan hari ini sebagai permulaan....
ingat..
didalam hidup pergorbanan amat diperlukan
sama ada dalam percintaan
mahupun hubungan kita sesama manusia
lebih-lebih lagi kepada ALLAH SWT..
amin...
maaf ya!! sekadar berkongsi tentang apa yang mad tahu..kerana mad bukanlah ahli ulama yang pakar tentang agama...namun sekadar pendapat dari pandangan mad..
muhammad yamaluddin
kenali hati bukan wajah
salam aidiladha,,
No comments:
Post a Comment
SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..