...jejaka simple berceloteh...??
..assalamualaikum..
..didalam kedinginan suasana pagi yang begitu nyaman..dengan ketenangan..dan keindahan alam yang begitu indah...mad duduk terpandang pada seorang anak yang kecil tidak berbaju dikejar oleh ibunya..menyuruh untuk mandi sebelum pergi bermain...terimbas kembali zaman kanak-kanak mad dulu yang penuh kemanisan tetap menjadi ingatan terindah dalam hidup mad..
masih terbayang jari ibu yang menyuap nasi kedalam mulut mad..ayah yang mencukur rambut mad walaupun ayah agak sibuk mencari nafkah untuk isteri dan anaknya...namun itu semua cukup beerti..namun pagi itu tanpa mad sedari air mata mengalir membasahi pipi...
..semua yang telah pergi takkan boleh diulangi lagi..seandainya mad diberi peluang...mad mahu kembali semula kezaman kanak-kanak itu.. pagi itu terus mad teringat kepada ayah dan ibu dikampung yang sudah lama mad tidak menjenguknya...entah macam mana khabar keadaan mereka semua..sihat..atau tak..gembira atau tak...?? rasa bersalah terus hadir membayangi..
..sering kali kita melihat dan mendengar kisah ibubapa yang ditinggalkan dikampung oleh anak-anak yang pergi berkerja dibandar atau tinggal dibandar..tidak kurang juga yang membawa ibubapa sendiri diasuh dirumah orang-orang tua...dimana tanggungjawab mereka sebagai seorang anak..? pernah tak kita terfikir perasaan mereka ini...itukah balasan yang kita berikan setelah mereka menjadikan kita berjaya..cuba kita fikir dan tanya dalam diri..bagaimana perasaan kita..jika anak kita sendiri buat perkara yang sama pada kita bila tua nanti...
..kadang setahun sekali baru datang jenguk..ada yang langsung tak nak datang..sekadar buat 1.2 kali panggilan telepon itupun 4. atau 5 minit sahaja bercakap..dengan alasan sibuk..banyak kerja..tak ada masa.. tak dibagi cuti...apa perasaan ibu dan ayah bila mendengar perkataan ini keluar dari mulut anaknya sendiri..walaupun hati mereka ini terguris namun mereka masih mampu tersenyum..namun didalam hati siapalah yang tahu....
..benar kata pepatah,,"seorang ibu mampu menjaga seorang anak..tetapi 10 orang anak belum tentu menjaga seorang ibu." selalu menjadi alasan bahawa orang tua ni..,menyusahkan..sensetif..cepat menangis..kerana perasaan orang tua hakikatnya cepat terasa lebih-lebih lagi bila diusia tua..
..cuba kita kenangkan sedikit sahaja perjalanan hidup kita..sejak kecil hinggalah kita berjaya dan menjadi orang berguna...dari kita dilahirkan..dijaga..disekolahkan..BETAPA BANYAK PERGORBANAN IBU BAPA KITA TERHADAP KITA..waktu kita kecil bila kita nakkan sesuatu barang kita menangis...tetapi kerana kasih sayang seorang ayah membanting tulang semata-mata ingin memenuhi kehendak kita..walaupun terpaksa meminta sedekah..pernah tak kita fikirkan semua itu..
ingat..!! kita datang dari mana..ingat!! juga siapa yang membesarkan kita..ingat!! boleh berjayakah kita tanpa mereka..?
dan bila kita sudah besar menjadi orang berjaya..begitu senang kita mahu melupakan mereka...
..baliklah menjenguk mereka walaupun sebulan sekali..mereka tidak minta wang ringgit..rumah besar ..makanan yang enak..CUKUP DENGAN KEBAHAGIAAN KASIH SAYANG DARI SEORANG ANAK KEPADA IBU DAN AYAHNYA...
cuba kita bayangkan betapa..manis dan ikhlasnya senyuman seorang ibu dan ayah yang menunggu ditangga menanti dan menyambut seorang anak yang pulang...walaupun kita balik dengan tangan kosong sekalipun..tanya diri kita..berapa kali situasi ini terjadi didalam diri..
jangan kita terlalu sibuk dengan anak-anak..dengan isteri..dengan kawan-kawan..dengan kerja..kita rasa cukup berpuas hati keranaa dapat menunaikan tanggungjawab itu semua itu..namun tanggungjawab kita kepada ibu bapa kita bagaimana...?
..hargailah kasih sayang mereka selagi masih ada..kerana kita cukup bertua dikurniakan ibu bapa yang masih ada hingga sekarang..sedangkan ramai diluar sana sudah tidak memiliki ayah dan ibu sejak kecil lagi..
jangan pula kita menyesal dikemudian hari bila waktunya kita sedar..ibu dan ayah kita sudah tiada lagi didunia ini....renungkan bersama..
terima kasih buat ayahku..jamaluddin dan ibuku..rahmatia..hanya doa yang mampu anakmu
ini panjatkan..moga ayah dan ibuku panjang umur..sihat dan bahagia selalu..
hargailah ibu bapa anda..
wassalam...
muhammad yamaluddin
kenali hati bukan
No comments:
Post a Comment
SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..