CERITA TERBARU

Saturday 12 November 2011

kenapa harus melawan takdir


..jejaka simple bercerita..???

assalamualaikum..
KENAPA HARUS MELAWAN TAKDIR....!!!
dalam keheningan pagi ahad lebih kurang jam 6.30 pagi .mad duduk diberanda rumah sambil melihat langit yang tetap berada disitu..walaupun hujan..panas.. diliputi embun tebal yang berarak sekali sekala..semuanya memberi makna disebalik yang berlaku..

dalam hati mad terdetik....mengapa kita manusia termasuk diri mad sendiri selalu ingin melawan takdir...kesusahan..kepayahan..kesedihan..kekecewaan semuanya adalah takdir dan fitrah kehidupan manusia..setiap dari kita berhak merancang hidup ini...tetapi dalam perancangan kita..jangan sesekali kita lupa..bahawa yang menentukan semua perancangan itu adalah ALLAH SWT...

takdirnya adalah yang terbaik buat kita...cuma kerana sikap kita sebagai manusia tidak mahu percaya dan mahu menerima takdir itu,,, kerana kita manusia suka bertindak mengikut perasaan..sedangkan takdir bertindak mengikut kebaikan..kerana pengalaman hidup kita banyak dipelajari dari takdir ketentuan hidup..

memang perit menerima setiap yang berlaku didalm hidup.. lebih-lebih lagi jika ianya datang bersifat kesedihan atau kekecewaan...kerana mad percaya sehebat atau sesempurna mana seseorang itu..pasti tidak lari dari menerima dugaan dan takdir hidupnya..kehilangan seseorang yang kita sayang..ibuayah kita..kekasih..suami.isteri kita pergi kerana panggilan ilahi...seakan-akan memberi kesakitan dan keperitan yang amat dalam...bukan mudah menerimanya..tetapi hanya satu yang harus kita percaya..takdir hidup kita adalah begitu..

jangan sesekali kita melawan takdir...hinggakan ada yang tidak sanggup menerima kenyataan.  sampai sanggup membunuh diri dan buat perkara-perkara yang tidak sepatutnya..ALLAH SWT tidak menguji umatnya diluar batas kemampuanya...melainkan mengantikan sesuatu yang lebih baik..juga disebut sebagai hikmah kejadian itu..

belajarlah untuk menerima kenyataan hidup....jangan sesekali kita merasa bahawa kita hidup untuk selamanya...belajarlah meningati itu....yang nantinya akan menjadikan kamu manusia yang tabah didalam hidup...
ingatlah.. setiap kita punya jalan cerita hidup masing-masing..dengan penuh suka dan duka..yang menjadikan hidup ini cukup bermakna..jangan sesekali melawan atau tidak mahu menerima kenyataan...kerana kesakitan yang kita alami itu hanyalah bersifat sementara..tetapi pengajaran itu untuk selamanya...


jadilah seperti matahari yang tetap menjalankan kewajipan terbit ditimur dan tengelam dibarat..tanpa ada keluhan dan bantahan, untuk terus bersinar, jadilah langit yang tetap berada disitu..walaupun hujan..  dan panas..kerana semuanya adalah aturan kehendaknya..
inikan pula kita manusia...???


                                                      muhammad yamaluddin
                                                     kenali hati bukan wajah

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku