CERITA TERBARU

Monday 21 November 2011

malaysia juara sukan sea 2011..laporan penuh.!!


pemain-pemain malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara
bola sepak sukan sea 26 selepas menewaskan indonesia 4-3 menerusi
penentuan sepakan penalti distadium gelora bung karno, jakarta malam tadi..


tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas sukan sea ibu segala pingat.sebagai penutup tirai temasya sukan sea 26 buat kontinjen malaysia..
setelah berjuang berhabis-habisan di stadium gelora bung korno semalam untuk  lebih dua jam. skuad harimau muda kebanggaan kita memabulkan harapan setiap rakyat malaysia yang menyaksikan aksi permainan mereka menerusi kaca telivesyen diseluruh negara..
dan mad turut tidak ketinggalan... walaupun sekadar menyaksikan melalui telivesyen..namun suasana debaran itu terasa..diiringi dengan jeritan..tepukan.kata-kata semangat dan kritikan menjadikan semangat suasana kian terasa..

harimau muda sekali lagi mempertahankan kilauan pingat emas yang dimenanginya 2 tahun lalu dilaos.
ketinggalan diminit awal permainan tidak melemahkan semangat pasukan malaysia untuk terus bangkit..


Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat muncul wira selepas menidakkan dua sepakan penalti Indonesia yang diambil Gunawan Dwi Cahyo dan Ferdinand Sinaga selepas perlawanan terikat 1-1 selepas masa tambahan.
Tekanan semakin dirasai skuad negara selepas penyerang, Ahmad Fakri Saarani gagal menyempurnakan sepakan ketiga apabila sepakan lemahnya mudah ditangkap penjaga gol, Kurnia Meiga.

Pada perlawanan lebih 120 minit itu, Malaysia ketinggalan seawal minit ke-5 menerusi jaringan Gunawan Dwi Cahyo selepas mudah menanduk masuk bola hantaran sepakan su­dut ketua pasukan, Egi Malgiansyah.

Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Kim Swee terus mengatur serangan ke arah pintu gol Indonesia untuk memburu gol penyamaan.


Permainan mantap dan te­nang barisan pemain Harimau Muda wajar mendapat pujian walaupun keletihan namun terus bersemangat untuk mele­nyap­kan sorakan ratusan ribu pe­­nyokong Indonesia yang sering kali melakukan ejekan dan pro­vokasi kepada skuad ne­­gara.


Pada minit ke-12, pemain pertahanan Asraruddin Putra Omar hampir menyamakan kedudukan namun tandukannya berjaya ditolak keluar Meiga.


Serangan demi serangan dilakukan akhirnya mem­bu­ahkan hasil pada minit ke-35 apabila hantaran lintang Irfan Fazail tenang disempurnakan Asraruddin melalui satu tandukan yang berjaya menewaskan Meiga.

Tandukan itu sekali gus menggegarkan stadium yang dipenuhi lautan merah putih!


Pada babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan ke kubu lawan, namun digagalkan oleh kegopohan jentera serangan masing-masing.


Peluang terbaik Malaysia hadir pa­da minit ke-52 namun kegopohan Irfan melepaskan per­cu­baan lemah menyebabkan Kim Swee tidak senang du­­duk.


Malaysia sekali lagi melepaskan peluang keemasan pada minit ke-63 apabila Fakri yang melepasi perangkap offsaid melepaskan tendangan liar mes­kipun hanya berdepan penjaga gol tuan rumah.


Pada 20 minit terakhir Harimau Muda dan Garuda saling melakukan serang balas namun gagal memecah kebuntuan sehingga perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan.


Namun skrip sama terjadi pada masa tambahan sehingga penentuan sepakan penalti terpaksa diambil bagi menentukan juara temasya kali ini.


Kemenangan Malaysia semalam berjaya mengembalikan maruah negara dan merobek ego penyokong Indonesia.


saat-saat detik manis kejayaan..


sepakan penalti yang membawa kejayaan..


apapun tahniah buat pasukan harimau malaya....malaysia boleh..
tahniah diucapkan..


 
pada malam itu..walaupun mad bersama kawan yang lain. menyaksikan perlawanan bola sepak melalui siaran langsung..namun sesuatu yang cukup manis..pada gol sepakan penalti akhir..hampir kesemua penonton berdiri bersorak sambil bertepuk tangan...dan dapat mad simpulkan disini bahawa semangat bola  di malaysia sangat mendalam dijiwa masing-masing..dan  pada malam itu semangat satu malaysia itu dapat.mad saksikan.kerana melayu..cina.. bugis dan bangsa-bangsa lain duduk menonton tanpa mengira suku kaum dan agama yang berlainan.

dan sudah menjadi adat permainan ada yang menang ada yang kalah..so kepada pasukan yang kalah tidak beerti bahawa anda tidak baik..tetapi mungkin ada yang lebih baik lagi daripada anda...teruskan usaha..
dan pada pasukan malaysia...tahniah buat anda semua...ini adalah kejayaan yang cukup bermakna..dan akan sentiasa tersemat dihati setiap kita rakyat malaysia..harapan moga kejayaan ini akan menjadi pendorong untuk kejayaan akan datang...teruskan perjuangan..
tahniah!! tahniah!! dan tahniah!!.
malaysia boleh..malaysia boleh..malaysia boleh..!!!

nak sambung tido ni..mengantuk semalam...hahahahaha............


muhammad yamaluddin
merungkai setiap persoalan

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku