CERITA TERBARU

Monday 14 November 2011

masalah obesiti dikalangan rakyat malaysia..

merungkai persoalan...!!


baru-baru ini kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar ..bahawa malysia merupakan negara paling tertinggi menghadapi masalah obesiti atau lebih dikenali sebagai masalah kegemukan berat badan..ini dibuktikan apabila malysia berada tempat ketiga tertinggi dikalangan rakyat asean..manakala keenam dirantau asia pasifik..cuba korang bayangkan....

menurut menteri kesihatan datuk rosnah abd rashid shirlin..berkata..masalah itu berpunca daripada pengambilan gula dikalangan orang dewasa pada 2009 dan 2010 mendapati..jumlah pengambilannya mencecah 55 gram iaitu 25 gram gula pasir dan 30 gram susu pekat manis..didalam setiap minuman dan makanan seharian yang diambil..
\
 pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) sendiri telah menyarakan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% peratus atau bersamaan dengan 200 kalori daripada jumlah tenaga harian..oleh itu pengambilan gula tambahan yang disarankan untuk orang dewasa adalah tidak melebihi  10 sudu teh sehari yang bersamaan dengan 50 gram..sedangkan rakyat negara pengambilannya melebihi angka tersebut..


selain itu..factor pengambilan makanan harian..lebih kepada makanan manis. dan lebih kepada makanan segera...persekitaran makanan malaysia yang pelbagai..selain faktor mereka yang kurang mementingkan kesihatan seperti jarang bersenam dilihat sebagai penyumbang kepada perkara obesiti ini..

apa yang jelas..sikap rakyat malaysia sendiri yang kurang tidak peduli akan masalah obesiti ni..
jika gejala ini tidak dibendung dari sekarang kemungkinan rakyat malaysia akan menghadapi masalah obesiti yang lebih teruk lagi..selain penigkatan masalah kesihatan dan mengurangkan productiviy harian..



apa dapat mad simpulkan disini...ubahlah cara hidup kita..anak2..ibubapa dan kelurga kita..dengan mengamalkan pemakanan kehidupan kesihatan. yang seimbang.kerana mencegah itu adalah lebih baik daripada melindungi..dan kita sebagai rakyat malaysia kena ambil tahu akan maslah ini..

kerana kesihatan adalah sesuatu aset yang paling berharga didalam diri setiap kita..kekuatan.. kemajuan.kejayaan sesuatu negara dan diri sendiri. dipacu sepenuhnya oleh productivity diri sendiri dan pemangkin productivity itu adalah kesihatan kita..oleh itu jagalah ia sebaik yang mungkin..
rakyat yang cemerlang bermula dari kesihatan yang baik...


                                                                   muhammad yamaluddin

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku