CERITA TERBARU

Wednesday 16 November 2011

membangun motivasi didalam diri

sekadar panduan..

didalam hidup setiap insan masing-masing punya tujuan dan cita-cita..tetapi tujuan dan cita-cita itu hanya mampu diraih jika kita memiliki motivasi yang kuat didalam diri..kerana tanpa motivasi apapun,, sulit sekali untuk kita mencapai matlamat yang kita impikan..
namun kita harus akui,, agak sukar membangun motivasi didalam diri sendiri..dan mungkin ada yang tidak tahu.. bagaimana cara membangun motivasi dalam diri sendiri..disini ada beberapa cara yang dapat kita gunakan walaupun tidak sepenuhnya..tetapi boleh membantu..

ciptakan sensasi..
ciptakan sesuatu yang dapat membangunkan dan membangkitkan ghairah anda saat anda bangun pada pagi hari.seperti contoh.. anda berfikir hari ini anda harus melakukan yang terbaik didalam kerja..jika anda seorang perniaga.harus menetapkan keuntungan lebih dari sebelumnya..kedengaranya mungkin agak mustahil..tetapi tidak ada perkara yang mustahil didunia ini..apa yang penting usaha kita..dan sentiasa cabar diri untuk melakukan yang lebih  baik dari hari-hari  sebelumnya..

kembangkan terus tujuan anda..
.jangan pernah terpaku pada satu tujuan yang sederhana.. tujuan hidup yang terlalu sederhana atau biasa-biasa sahaja membuatkan anda tidak memiliki semangat yang lebih lagi..dan membuatkan anda cepat merasa puas dengan apa yang anda miliki..dan ini mungkin menjadikan anda,, sekadar kuat pada sesuatu masa sahaja..sedangkan semangat dan kekuatan itu harus sentiasa ada bagi terus mencapai kejayaan emi kejayaan..

tetapkan yang peluang datang hanya sekali..
..didalam hidup tidak semua daripada kita selalu mendapat peluang yang baik..kalau ada pun..jarang daripada kita dapat gunakanya sebaik yang mungkin..oleh itu..gunakan kesempatan dan peluang yang anda miliki..walaupun hanya biasa-biasa sahaja..tetapi disitulah sebenarnya permulaan daripada langkah menuju kejayaan yang luar biasa.

,,tinggalkan kawan yang tidak perlu..
mungkin..ada yang berkata..bahawa kawan itu juga adalah pemangkin dalam kejayaan seseorang..kita tidak menafikan itu..tetapi..siapa pun kawan anda..seharusnya membawa anda pada perubahan yang lebih baik..dan harus diingat..!! bergaul dengan orang-orang yang berjaya..akan membuatkan anda selalu berfikir kepada kejayaan..bersama mereka.. hidup ini akan lebih menyenangkan dan penuh motivasi..

..hampiri bayangan ketakutan..
..saat anda dibayangi kecemasan dan ketakutan, jangan melarikan diri dari bayangan tersebut ..seperti contoh, selama ini anda takut menghadapi masa depan yang buruk..tempuhi dan nikmatilah ia dengan belajar untuk mengatasinya..apabila anda sudah bersedia akan itu.. saat itu anda telah berhasil meningkatkan keyakinan diri, bahawa anda mampu mencapai kehidupan yang lebih baik..

ucapkan selamat datang pada setiap masalah..
..harus selalu diingat..jalan mencapai tujuan..tidak selamanya sehalus jalan yang highway..suatu saat..anda akan menghadapi jalan berturap..berlubang..dan penuh berbatuan..jangan sesekali memutar arah untuk mengambil jalan pintas..hadapi terus jalan tersebut dan fikirkan cara terbaik untuk terus melaluinya...jika anda memandang masalah sebagai sesuatu yang mengerikan..anda akan semakin kusut menghadapinya..sebaliknya..jika anda selalu siap menghadapi masalah..maka anda akan seakan mempunyai kekuatan semangat yang datang untuk terus maju kehadapan..

mulakan dengan rasa sayang..
..jangan pernah merasa terbeban dengan tujuan hidup anda. coba nikmati hidup dan jalan yang anda tempuhi..jika sejak awal anda tidak suka.. maka rasanya..motivasi hidup anda tidak akan anda miliki,

..berusaha dengan keras..
..tidak ada yang tidak boleh didalam hidup ini. anda harus berlatih terus jika ingin mendapatkan hasil yang terbaik..pada dasarnya.tidak ada perkara yang tidak dapat dikecapi jika anda terus berusaha keras..semakin gigih berusaha..semakin mudah pula anda menghadapi sebarang dugaan..




tetapi harus sentiasa diingat..didalam hidup..apa yang kita akan kecapi..nikmati bermula dengan langkah yang hari ini kita ambil..so mulakan dengan saat dan hari ini.. tidak perlu menunggu...dan yang paling penting..NAWAITU kita dalam mencapai tujuan itu...kerana gagal sekali tidak beerti akan selamanya begitu..

                                                         muhammad yamaluddin
                                                      merungkai setiap persoalan

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku