CERITA TERBARU

Wednesday 16 November 2011

kisah teladan disebalik makanan gado..gado




 ini mad nak cerita semalam dalam perjalanan pulang  baru habis kerja.. tiba-tiba terasa lapar..dan mad singah sekejap untuk makan disalah sebuah warung makanan yang menyediakan makanan ala-ala kampung..dan salah satu makanan yang kita popular la dikalangan maysarakat disini(bugis) ialah GADO-GADO..


 
sekadar gambar hiasan


 
mesti ada antara korang yang pernah dengar,, mungkin juga pernah merasainya..sebelum mad nak cerita lebih lanjut..mesti korang nak juga tahu kan..kenapa makanan ini dipanggil GADO-GADO..bukan bergaduh tau..sekadar nama sahaja..
nama ini diambil dari proses pembuatanya.. yang menggunakan pelbagai bahan.. seperti.timun..telur.taugeh..tauhu..kacang panjang.daging ayam. dan beberapa bahan lain.. dan semua bahan asas ini diperlukan bagi menghasilkan rasa yang cukup sedap..dari situlah namanya diambil kerana bahan- bahan ini disatukan..atau didalam bahasa indonesia..gado-gado..yang membawa maksud dicampur-campur..

tetapi kali ini..mad bukan nak bercerita pasal proses pembuatan gado-gado ini..tetapi mad nak ajak korang ambil kisah tauladan disebalik makanan gado-gado ini...walaupun bahan-bahan makanan untuk gado-gado ini..berlainan..tetapi bila DISATUKAN.. mampu menghasilkan rasa yang cukup enak..

so..pelajarannya...didalam hidup ini.. semangat bersatu itu penting dalam apa jua yang kita lakukan..kerana jika kita bersatu  akan menghasilkan kejayaan diluar jangkaan.. walaupun kita datang dari agama..bangsa dan puak yang berlainan jangan sesekali jadikan itu alasan untuk tidak bersatu..cuba kita perhatikan pada sebatang lidi..jika kita patahkan sebatang demi sebatang agak senang untuk untuk dipatahkan..tetapi jika didalam kumpulkan menjadi kelompok..begitu sukar untuk dipatahkan..

jadilah seperti gado-gado..walaupun datang dari bahan-bahan yang berlainan..tetapi mampu  menghasilkan rasa yang cukup sedap bagi mereka yang merasainya..dan begitulah jua halnya tentang hidup ini...bersatu dalam hidup..itu tidak akan mendatangkan  sebarang kerugian..tetapi feadahnya cukup banyak....

kadangkala kita masyarakat yang hidup dengan pelbagai suku kaum  dan agama.. terlupa bahawa sesuatu kekuatan itu lahirnya daripada sifat bersatu padu dan bertolak ansur diantara satu sama lain..sifat berdengki dan jatuh menjatuhkan dalam kehidupan harian telah menjadi sebati dengan perangai atau sikap masyarakat kita sekarang..

maka wajar bagi kita kembali bersatu, dan menyatukan semua masyarakat kita dan yang paling penting semua orang kena bergabung dan bersatu agar kejayaan kehidupan kita akan terus dinikmati bersama..dan hal itu tidak akan pernah terjadi jika tidak permulaanya dari diri kita sendiri..
renung dan fikirkan bersama..


muhammad yamaluddin
merungkai setiap persoalan














No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku