CERITA TERBARU

Friday 18 November 2011

tidak sempat kongsi kejayaan..

nur hazwani rosaidi menerima slip keputusan peperiksaan UPSR
disampaikan sendiri oleh pengarah pelajaran pulau pinang
ahmad tarmizi.. semasa jenazah bapanya masih berada
dirumahnya ditaman paya keladi. kepala batas. pulau pinang

dalam kegembiraan pelajar lain menerima keputusan UPSR ditemani ibubapa masing-masing lain pula halnya dengan
seorang murid sekolah rendah (sk) bertam indah di sini terkilan tidak sempat berkongsi kejayaan mendapat 5A dalam ujian UPSR 2011..dengan bapanya yang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya petang semalam..

nur harzawi rosaidi 12.. hanya mampu memegang slip keputusan UPSR yang disampaikan pengarah pelajaran negeri.ahmad tarmizi kamaruddin disisi jenazah bapanya rosaidi awang kechik 41. di rumahnya ditaman paya keladi disini..

menurut nur hazwani.bapanya yang bertugas sebagai pegawai bank dipulau pinang beria-ia memohon cuti untuk menemaninya kesekolah mengambil keputusan UPSR hatri ini..

bapa juga bercadang membawa kami sekelurga melancong semasa cuti sekolah ini sebagai hadiahnya sekiranya berjaya mendapat 5A.

memang sedih apabila bapa tak sempat nak tengok keputusan saya ini..dan saya berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh lagi selepas ini.. kata anak ketiga daripada enam beradik itu..
menurut murid itu.. bapanya meninggal dunia ketika pulang dari tempat kerja kira kira pukul 7.30 malam semalam apabila motorsikalnya ditungganginya melangar sebuah lori yang sedang membuat pusingan U di butterworth..

moga nur hazwani tabah menjalani dugaan ini..sesungguhnya kejayaanmu itu pasti  amat mengembirakan ayahmu. moga juga..rohnya akan dicucuri rahmat..amin..
AL-FATIHAH....

sumber berita..utusan malaysia..

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku