CERITA TERBARU

Sunday 25 December 2011

Alat sulit digigit tikus

NEW DELHI - Seorang pesakit pneumonia meninggal dunia selepas alat sulitnya digigit beberapa ekor tikus sewaktu menjalani rawatan penyakitnya di Hospital SSKM, Kolkata, kelmarin.

Berikutan kejadian ngeri ke atas Arun Sandukh, 53, pihak hospital mengakui adanya ancaman haiwan tersebut namun tidak me-ngulas lanjut.

“Sewaktu kejadian, tiada seorang pun jururawat di situ. Alat kemaluannya memang ada kesan gigitan tikus,” kata saudara Arun kepada media.
Kebelangan ini, hospital di Kolkata sering menjadi tumpuan media kerana kelengkapan perubatan tidak lengkap dan terlalu sesak sekali gus mengundang kemalangan terhadap pesakitnya.

Minggu lalu, di Kolej Perubatan Kolkata, seorang bayi terbunuh selepas seorang tukang cuci yang sedang mabuk bertindak mencabut topeng oksigennya. Pada 9 Disember lalu, di sebuah hospital swasta wilayah yang sama, lebih 90 orang kebanyakkannya pesakit terbunuh selepas bangunan hospital terbakar.

sumber

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku