CERITA TERBARU

Sunday 25 December 2011

apa sudah jadi..!! GRO dicekup ketika layan pelanggan

SENAI – Leka melayan pelanggan, seramai 18 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing dicekup dalam serbuan Imigresen Johor di kedai minuman di Batu Pahat, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Bahagian Penguat kuasa Imigresen Johor, Masri Adul berkata, hasil maklumat awam, pihaknya berjaya memberkas 14 warga China, tiga warga Vietnam dan seorang rakyat Thailand berusia dalam lingkungan 16 hingga 41 tahun.

Menurutnya, operasi Ops 6P yang disertai 27 anggota dan pegawai itu bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

“Ketika kejadian, kesemua GRO berkenaan sedang leka melayan pelanggan yang datang untuk minum dan berhibur di situ. Kecekapan kita mengepung kawasan sekitar membuatkan mereka tidak dapat untuk meloloskan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Masri berkata, hasil pemeriksaan ke atas semua GRO itu, 16 daripada mereka didapati melanggar syarat pas dikeluarkan Jabatan Imigresen dan boleh dikenakan tindakan me­-ngi­kut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Menurutnya, seorang lagi didapati melakukan kesalahan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa manakala bakinya disiasat Seksyen 6(1)(c) akta yang sama kerana memasuki negara ini tanpa permit yang sah.

“Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam serbuan tersebut dan kesemua wanita berke­naan dihantar ke Depot Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan lanjut,” katanya.

p/s: apa mau jadi dengan mereka ni..dalam hal ini..siapa yang patut dipersalahkan..?

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku