CERITA TERBARU

Saturday, 3 December 2011

jom baca..!! tips cinta jarak jauh..

assalamualaikum wtb
...kata orang cinta jarak jauh ni..banyak dugaannya..
dan susah mahu menemui kebahagian yang diimpikan..
namun alasan itu sebenarnya bukanlah satu penghalang..
mungkin antara sebab utama ialah..tidak kena akan caranya..
so post mad kali ni mengajak anda pembaca..untuk menyemak cinta jarak jauh..!!

Komunikasi.
Sebenarnya sejauh manapun hubungan anda dengan dia dan seberapa lamapun hubugan itu utuh ketahuilah komunikasi amat penting kerana melalui tindakbalas tersebutlah yang akan menentukan sesebuah hubugan itu berjalan dengan lancar dan baik. Bukan apa selalunya bila ada diantara kamu yang tidak sependapat nah, akan mulalah kamu akan mula mencari kesalahan padi diri pasangan masing-masing. Ingat, komunikasi yang baik adalah komunikasi yang boleh di terima secara terbuka tanpa ada pergaduhan..linangan air mata..


Bingkai hati.
Hurm, zaman sekarang mungkin tidak memerlukan bingkai gambar kot. Yelah sebab didalam hand phone pun sudah ada gambar si dia kan..Tapi bagi anda untuk menghilangkan rindu anda pada dia, dan akan membuatkan hari-hari anda tidak jauh dari pandangannya. Apa kata anda carilah satu bingakai yang istimewa dan didalamnya anda letakkanlah gambar kenangan yang paling indah ketika bersama dengan si dia. anda pasti gembira takala anda menatap gambar tersebut pasti memori kenangan itu akan terimbas di kotak memori anda.

Tetapkan waktu untuk saling berhubung.
Selalunya melalui smslah kebanyakan dari akan selesa takala kita berhubungan dengan kekasih hati selain dari facebook, yahoo masagger, GPRS dan sebagainya. Mengapa? kerana melalui smslah kita akan cuba memahami, mengetahui hati pasangan kita, kesihatannya, luahannya walhal sebenarnya ia menceritakan hari-hari yang membosankan kepada anda.

Apa yang penting!! asalkan setiap laporan kad kemajuan (setiap pergerakan anda akan anda beritahu kepada si dia) dan punch card clear (hello..abang, sayang dah sampai umah ni) itu sudah menandakan yang anda seorang pasangan yang setia. Sapa sokong angkat tangan..


Elakkan pergaduhan yang berpanjangan..
Semestinya dalam percintaan mahupun pertunangan akan ada pergaduhan yang bakal berlaku dalam perhubungan anda. Tapi pastikan sejauh manapun pergaduhan itu berlaku, anda janganlah terlalu mengikut perasaan kerana ia akan membuatkan pasangan anda membenci akan tingkahlaku anda lagi.. Berbincanglah dengan elok..munasabahlah diri..ingat-ingatlanlah kembali waktu pertemuan pertama anda mengenalinya dulu. Pasti ia akan membuatkan jiwa anda terusik buat seketika..Bukankah itu lebih manis dan mengasyikan dari bergaduh yang menyakitkan hati dan membengkakkan jiwa yang kian lara??..huuhuh..

bercinta jarak jauhKepercayaan & Kesetiaan.
Setiap cinta yang di bina memerlukan sebentuk kepercayaan dan kesetiaan dari kedua belah pihak. Mengapa? Kerana denga kesetian dan kepercayaan inilah yang akan menjadi ukuran sesebuah percintaan itu untuk kekal bertahan lama sehingga ke gerbang perkahwinan atau sebaliknya. Pandagan Suri setiap insan yang bercinta sudah tentu ingin memilki cinta yang sejati. Tidak mahu dilukai apatah lagi untuk didustai pasti hati akan disakit.

Maka ingatlah takala anda memberikan keputusan untuk menjadi kekasih hatinya suatu ketika dulu.. lupakah anda akan ikrar tersebut.. aku akan sentiasa mencintaimu, tiada dua atau tiga dikau tetap menjadi idamanku.. ceh.. wah!..wa..kiki ;)


Perhatian.
Setiap perhubungan yang baik akan mewujudkan sikap perihatin seseorang pasangan itu terhadap kekasihnya. Ia menandakan yang anda amat sayang sangat-sangat pada si dia..

Seperti contoh si dia akan selau bertanyakan kesihatan anda (melalui telefon atau sms)..andai waktu tersebut anda masih belum sembuh dari sakit atau demam anda. Selalu tanya anda buat apa hari ini. Sayang ok ke tak hari ini? Sayang apa yang buatkan sayang sedih hari ini? huhu..skit lebih kurang campur gula la macam tulah bunyinya ye..

Apa yang penting! pasti hati pasangan anda akan terasa sejuk mendengarnya..sebab terasa dirinya tidak kesunyian..keseorangan takala dia timpa masalah dalam kedukaan.


Penjaga hati.
Setiap yang jauh walaupaun dia tiada di depan mata kita tidak semestinya kita tidak pantas untuk menjaga hati si dia. Bagi Suri jika kita telah pun mempunyai kekasih hati maka kita perlulah berkata pada hati bahawa setiap tutur kata kita haruslah kita jagainya dengan baik sekali. Ingat jika kita lebih suka dilayan dengan cara yang baik maka begitulah sebaliknya dia akan melayan anda dengan seadanya.

Seperti contoh, buangkan kata-kata yang menyakitkan hati seperti mengungkit pada kisah-kisah silam pasti itu lebih menyenangkan. Sebab ada sesetengah pasangan yang bercinta mereka kurang senang dan akan merasa sakit hati sekiranya kekasihnya mengimbas bekas kekasihnya yang dahulu. Hati siapa yang tak panas beb! lagi-lagi jika di bandingkan..huhu..

akhir kata..!!
walauapun rintangan yang datang..jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang..tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambah kasih sayang anda dengan si dia..bila jauh kita akan merasa rindu bukan..? jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik..cuma ia adalah sebahagian cara untuk memupuk rasa kasih sayang  dan mengajar kita untuk menjadi kekasih yang setia..

semoga berjaya..!!

muhammad yamaluddin
merungkai setiap persoalan disini..

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku