CERITA TERBARU

Saturday, 3 December 2011

Mengenali Kawan Biasa atau Teman Istimewa

Assalamualaikum… Indahnya alam percintaan itu apabila ia digauli dengan pelbagai rasa emosi yang mengubah-ngubah rentak hati. Dalam edisi Bicara Cinta kali ini saya ingin menyingkap tentang tanggapan seseorang terhadap diri kita sama ada sebagai teman yang istimewa di hatinya atau sekadar kawan biasa. Dalam sebuah perhubungan yang terjalin, baik di pihak lelaki mahupun wanita akan mengharapkan sebuah ikatan yang teguh. Kalau boleh hubungan itu ingin diakhiri ke jijang pelamin. Pengharapan ini dibuat setelah timbulnya titik-titik keserasian, persefahaman dan lain-lain faktor yang akan menjurus pasangan itu ke arah gerbang perkahwinan.
 
Namun begitu, setiap titik keserasian dan persamaan ini barangkalitidak akan terlihat kalau sesebuah perhubungan itu baru terjalin. Malah jika terjalin sekalipun belum tentu akan terungkap atau diakui oleh hati "Ya, inilah dia insan yang aku cari untuk dijadikan pasangan sepanjang hayat...
 
Tahukah anda bahawa ada sesetengah orang lebih suka berkawan tetapi tidak mahu mengakhirinya ke alam rumahtangga? Pernahkah terjadi setelah anda berkawan sebegitu lama dengannya dan si dia juga pernah meluahkan rasa sayangnya terhadap anda tetapi akhirnya anda dengar perkhabaran bahawa si dia telah berkahwin dengan orang lain. Bukankah anda yang menjadi teman setianya pada setiap ketika dan waktu dalam hidupnya selama ini? Apa perasaan anda? Kecewa, terluka, remuk hatiku atau lain-lain perkataan yang sinonim untuk menggambarkan perasaan yang anda alami itu. Memang mengecewakan kerana kepada si dialah anda menaruh harapan dan bergantung harap untuk hidup bersama setelah sekian lama mengenali hati budinya.
 
Jadi bagaimanakah untuk mengetahui bahawa anda hanyalah kawan biasa pada tanggapannya dan bukanlah seseorang yang istimewa di hatinya? Mungkin fakta-fakta di bawah boleh membantu kita mengenali reaksi sebenar yang terbuku di lubuk hati si dia agar perkara mengecewakan tidak berulang lagi.
 
1. Jarang sekali mengucapkan kata-kata rindu
Kebiasaannya, bagi mereka yang dilamun percintaan pasti akan merasakan tiada apa yang mampu menahan gelodak rindu dari muncul kecuali apabila mendengar atau menerima perkhabaran dari si dia. Sehari tidak menerima pesanan ringkas darinya jiwa jadi tidak keruan. Atau mungkin jika tidak mendengar suaranya umpama dunia gelap gelita. Perasaan rindu itu tidak tertahan dan kalau boleh setiap hari anda ingin bertemu dan berada di samping si dia.
 
Tetapi kalau si dia jarang atau tidak pernah walau sekali mengucapkan kata rindu, sayang dan cinta atau sebagainya; anda perlu sedar bahawa kehadiran anda di sisinya hanyalah sekadar kawan biasa sahaja. Perasaan tidak boleh ditipu dan kalau benar-benar rindu orang akan meluahkan rasa rindu itu dari lubuk hati kerana rindu itu bukanlah sekadar pengucapan manis yang lahir dari mulut semata-mata.
 
2. Tidak mengajak anda bertemu keluarga
Bagi sesebuah perhubungan yang serius biasanya akan diakhiri ke alam perkahwinan. Ada yang bertemu dalam jangkamasa yang singkat tetapi sudah mengajak anda bertemu dengan keluarganya agar ikatan yang terjalin itu terus diperkukuhkan. Tetapi kalau sudah lama anda menjalin hubungan dengannya namun tiada sebarang tanda dia si dia ingin membawa anda bertemu keluarganya atau mungkin pelbagai alasan diberikan apabila anda mula bicara tentang keluarga maka faham-faham sahajalah apa maksud yang tersirat di hatinya.
 
3..sering memperkenalkan anda sebagai kawan baik
Istilah popular dewasa ini adalah "teman tapi mesra". Pernah atau tidak anda perhatikan si dia seringkali memperkenalkan anda sebagai kawan baiknya di hadapan rakan-rakannya yang lain. Dia jauh sekali mahu memperkenalkan anda sebagai teman istimewanya. Jika perkara ini berlaku, maka anda harus sedar bahawa si dia kurang berminat untuk mengakui anda sebagai kekasihnya.
 
Perihal ini berlainan sama sekali dengan mereka yang benar-benar dilamun cinta. Biasanya orang yang dilamun rasa cinta tidak akan teragak-agak untuk memperkenalkan insan istimewa di hatinya kepada khalayak umum.
 
4. Gurauan kasar
Kadangkala bukan sikap semulajadi seorang lelaki itu untuk berlagak kasar di hadapan wanita. Ini kerana mereka sering beranggapan bahawa wanita adalah insan yang lemah dan terlalu sensitif. Tetapi jika si dia sering bergurau dengan luahan kata-kata yang agak kasar dan sensitif, itu tandanya si dia hanya menganggap anda sebagai teman biasa sahaja.
 
Kadangkala bukan sikap semulajadi seorang lelaki itu untuk berlagak kasar di hadapan wanita. Ini kerana mereka sering beranggapan bahawa wanita adalah insan yang lemah dan terlalu sensitif. Tetapi jika si dia sering bergurau dengan luahan kata-kata yang agak kasar dan sensitif, itu tandanya si dia hanya menganggap anda sebagai teman biasa sahaja.
 
 
5. Tidak kisah apa yang anda lakukan
Lazimnya wanita itu bersifat terlalu sensitif. Maka tidak hairanlah apabila lelaki bersikap kasar sedikit atau meluahkan kata-kata yang sensitif mereka akan cepat terasa hati. Anda mungkin pernah meminta pendapat dari pandangan si dia tentang baju yang anda pakai, pekerjaan yang anda buat dan lain-lain lagi namun jawapan yang diberikan hanyalah biasa-biasa sahaja.
 
Jawapannya langsung tidak meyakinkan. Jika ini yang berlaku maka eloklah anda berpendirian bahawa kehadiran anda di sisinya hanya sekadar kawan biasa dan bukanlah seorang teman yang istimewa.
 
Kesimpulan
Walau apa jua yang anda lakukan dalam mencari sebuah cinta, anda perlu waspada kerana apa juga tindakan yang anda lakukan anda yang bakal menerima akibatnya. Jangan melakukan perkara yang mungkin boleh memalukan diri anda sendiri. Anda perlu mengawal perasaan dan jangan terlalu mudah menyukai atau mencintai seseorang tanpa keyakinan dan sebab yang kukuh. Sekian.
 
p/s: harus diingat bahawa menjadi kawan biasa itu lebih mudah
daripada menjadi kekasih....
 
~muhammad yamaluddin
merungkai setiap persoalan disini..!

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku