sebelum/selepas
Janet Hardt, 63, mungkin tak pernah membayangkan bahawa niatnya cantik berakhir dengan tragedi kematian. Wanita asal Illinois, Amerika Syarikat, itu mengalami jangkitan bakteria selepas menyuntik ekstrak lemak lembu panas ke wajahnya. Seperti dikutip dari ABC News, Hardt mengalami jangkitan dan parut di sekitar mulut dan bibirnya.
Meskipun mengeluh wajahnya terbakar sesaat sebelum meninggal, kematian Hardt diduga kerana keradangan di dinding bahagian dalam perutnya. “Ada banyak orang di luar sana melakukan suntikan buatan sendiri untuk melawan kedutan, tapi saya tidak pernah mendengar ada persatuan kesihatan yang mengesyorkan ini (suntikan lemak lembu panas), “kata Dr Phillip Haeck, Presiden American Society of Plastic Surgeons.
Hardt telah berkali-kali menyuntik ekstrak lemak daging lembu ke wajahnya tanpa kawalan perubatan. Dia biasa mengekstrak sendiri ramuan itu sebelum menyuntikannya ke wajah. “Suntikan itu boleh menyebabkan hakisan kulit,” kata Haeck.“Suntikan protein haiwan tidak menyebabkan kegagalan sistem fatal, tapi cenderung menyebabkan reaksi tempatan.Banyak orang yang mempunyai reaksi alahan terhadap protein haiwan akan mengatakan bahawa wajah mereka terbakar. Mungkin itulah yang dialami Hardt.
kepada anda diluar sana..yang obses terhadap kecantikan
jadikan lah ini sebagai pengajaran..
bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan..
kerana itu adalah kurniaan TUHAN,,
No comments:
Post a Comment
SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..