CERITA TERBARU

Monday 19 December 2011

Milo ada daging cacing?


mesti ada dikalangan anda yang terkejut akan berita ini..terutama bagi anda yang gemar meminum minuman milo...

Ada yang mengatakan bahawa MILO mengandungi cacing?..so kali ini rakan blog saya telah mendapatkan kepastian untuk persoalan tersebut..

Kepada Informasi.My,

Terima kasih di atas pertanyaan pengguna tentang produk Milo yang dikatakan menggunakan cacing sebagai bahan pengawet.

Kami ingin menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Produk kami tidak pernah menggunakan cacing untuk sebarang tujuan di dalam pemprosesan makanan.


Kesemua produk kami yang dihasilkan di Malaysia adalah disahkan Halal oleh JAKIM. Kesemua bahan yang digunakan adalah bersih, suci dan sememangnya Halal.


Proses pengesahan Halal telah meneliti setiap satu bahan yang digunakan secara terperinci dari segi Halal, kebersihan dan keselamatan terhadap pengguna sebelum sijil Halal dikeluarkan.


Nestle Malaysia juga telah mempromosikan Halal ketahap global sehingga kami dipilih sebagai pusat rujukan bagi produk Halal bagi Nestle di seluruh dunia. Menghasilkan produk Halal adalah amat penting bagi kami dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pengguna terutamanya terhadap pengguna Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.


Kami juga mempunyai komiti Halal dalaman sejak sekian lama bagi memantau dan mengembangkan lagi produk Halal ke peringkat antarabangsa.


Logo Halal terdapat pada produk Nestle MILO.

Diharap penjelasan kami dapat membantu pihak Tuan dan seterusnya para pengguna yang sentiasa kami hargai.


Jika Tuan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 1 800 88 3433 dan wakil kami sedia membantu.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
Jaime Ng
Khidmat Pengguna Nestle.
Talian Percuma: 1 800 88 3433


p/s: kepada anda semua.. penting sekali untuk kita mengetahui tentang bahan-bahan makanan segera yang terdapat dipasaran..terutama bagi anda yang beragama islam..
kerana mencari yang halal itu adalah tuntukan umat islam,,

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku