CERITA TERBARU

Saturday 10 March 2012

antara sebaya dan berusia mana lebih bahagia...??

assalamualaikum wtb...
salam hujung minggu buat semua pembaca yang sudi jenguk setiap entry yang mad postkan...

harap korang semua bahagia disisi orang yang tersayang..

Mungkin ada diantara anda.yang ketika ni..kekasihnya lebih tua dari diri anda..maksudnya lebih berusia la..ataupun mungkin pernah bercinta dengan seseorang yang lebih berusia dari usia anda..tak kira la..lelaki mahupun wanita..

topik kali ni..."antara SEBAYA dan BERUSIA. mana lebih bahagia..?
.....persoalan itu sememangnya sukar untuk dijelaskan..kerana ia bergantung kepada penerimaan individu itu sendiri...kata orang cinta tak kenal usia..maklumlah cinta buta la katakan...so usia bukan pengukur kepada sebuah hubungan kebahagian dalam percintaan,..perhubungan mahupun alam rumah tangga...

mad sering membuat rujukan kepada majalah rumah tangga..tanya kawan2 yang sudah berumah tangga..ataupun yg sedang bercinta..hampir 80..% menjawab benar...jika kita kahwin atau bercinta dengan orang yang lebih berusia kita akan lebih disayang dan bahgia...berbanding dengan mereka yang sebaya lebih banyak keretakan ataupun masalah yang akan timbul hingga boleh membawa kepada factor masalah hubungan..seperti..penceraian..putus cinta bunuh diri..dan macam2 lagi..

Dalam dunia hiburan pun ada banyak lelaki muda yang sedia menjadi suami kepada artis berusia. Tak kurang juga perkahwinan sesama artis atau selebriti yang mempunyai beza umur yang jauh..contoh..dato ct nurhaliza dengan suaminya mohd khaled jiwa..kalau dilihat dari pandangan umum ramai yang berkata tak sesuai langsung..namun bagi empunya diri dato ct nurhaliza..beliau ada sebab mengapa memilih lelaki yang lebih berusia..dan kita dapat lihat..betapa bahagianya dato ct ketika ini..

orang yang berusia ni..dikatakan...seorang yang cukup matang..berfikiran terbuka..cerah masa depan..dan sifat penyayang..mungkin dah berusia agaknya kot..so semua sifat tu secara semulajadi..banding dengan mereka yang lebih muda sebaya dengan kita..ego tinggi..cepat panas...kurang perhatian..terutama golongan lelaki..but mad tidak cakap semua mereka..tetapi kebayakkannya begitu..

sering kita mendengar ibubapa memilih jodoh untuk anaknya..terutama kaum wanita..mereka akan carikan seseorang yang lebih berusia..kerana mereka yakin bahawa keperibadian seseorang yang berusia ini boleh membawa kebahagiaan kepada anak2 mereka kelak..

soal sebaya atau tak sebenarnya bukan 100 alasan untuk kita mengecapi kebahagiaan..masing2 ada keburukan dan kebaikannya tersendiri..apa yang penting cara kita mengatasi dan menjalaninya..

cuma sifat seseorang yang lebih berusia mudah difahami..sifat kematangan yang tinggi.dari segi perasaan..cara membuat keputusan..lebih romantik yang menjadikan mereka seseorang yang lebih mudah untuk mengecapi kebahgian apabila menjalinkan hubugan dengan seseorang dan itu yang membezakan antara mereka yang sebaya @ seusia...yang lebih sukar dibaca sifat dirinya..atau lebih senang..belum cukup matang didalam hidup..

kesimpulan disini...sebaya ke..berusia ke..bukan penentu kepada kebahagian seseorang....ada juga mereka yang bahagia sesama usia..dan ada juga yang tidak bahagia bila pasangan lebih berusia..

apa yang penting.........cara kita mencoraknya......

p/s: tetapi kalau mad diberi pilihan..mad lebih suka orang yang lebih berusia dari mad..
anda pula bagaimana..???

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku