CERITA TERBARU

Wednesday 7 March 2012

MALU TAPI MAHU..apa cerita..

malu tapi mahu..itulah tajuk yang akan mad kupas untuk pengisian kali ini..maklum la..sesuai dengan slogan kata blog ni.."merungkai setiap persoalan disini.."

bercakap soal malu..memang semua manusia ada sifat semulajadi ini..terutama kaum wanita..malu ini dikatakan sudah sinonim dengan sifat keperibadian mereka..tetapi lelakipun apa kurangnya..ada yang malu melebihi malu seorang wanita..
malu ini ada beberapa sebab ataupun factor mengapa seseorang merasa malu..antaranya..didikan sejak kecil..ataupun kurang pergaulan..dan tidak biasa melakukan sesuatu..
sekadar gambar hiasan

mesti ada diantara kita yang melalui situasi tajuk diatas,,'MALU TAPI MAHU.." kata orang..kenapa nak malu kalau benda tu adalah kemahuan kita..tetapi masing2 ada sebab dan pendirian tersendiri..kenapa mesti merasa malu..?? tak ada sebab untuk merasa malu..

Pernahkah anda terhalang di dalam menyampaikan hasrat hati kepada seseorang. Halangan tersebut mungkin disebabkan malu, takut, rasa rendah diri atau sebagainya. Akhirnya si dia yang anda sukai itu menjadi milik orang lain. Dan akhirnya anda hanya tersenyum sambil mengucapkan tahniah, selamat pengantin baru!

kita hanya melihat seseorang itu dengan pandangan jauh..sambil berangan2 akan dirinya..sudah lama menyimpan perasaan tetapi malu untuk meluahkan..takut..!! cintanya itu akan bertepuk sebelah tangan..@ cinta yang diharapkan hanyalah bayangan perasaan saja..

hati sering gelisah...merindu..membayangkan wajahnya..namun dalam hati berkata..""aku malu la..tapi aku mahu.."cinta tidak berputik jika kita tidak pandai untuk memulakan semaian..tidak akan berkembang jika masih dihantui perasaan malu yang amat mendalam..

kenapa nak malu sampai boleh menyeksa diri sendiri..belum cuba belum tahu..apa yang penting komitmen kita harus berani memulakan lebih2 lagi kepada kaum lelaki..takkan kaum wanita nak start dulu..takkan perigi nak cari timba pula kan...

so...jangan malu2..jangan segan2..jika hasrat hati kita baik...apa salahnya kita luahkan..agar tidak menjadi bebanan siksa diri sendiri..
kalau malu pun bertempat la..kata orang.."malu bertanya sesat jalan.." so kalau nak berjaya dalam hidup dalam kerjaya mahupun apa saja..kikiskan rasa malu..lebih2 lagi bila ia kearah kebaikan..

mulai saat ini..kalau anda ada minat seseorang...sudah sekian lama memendam rasa..mari kita mulakan hari ini..luahkan kepada sidia tentang perasaan anda..daripada diam2..bagus diberitahu..terima x terima,..itu belakang cerita..janji kamu dah luahkan...

p/s; percaya diri sendiri...hahahaha.." malu tapi mahu..."

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku