CERITA TERBARU

Saturday, 10 December 2011

Lelaki Menyamar Menjadi Wanita Kerana Mau Menikah

RAHMAT SULISTYO (kiri) yang menyamar sebagai wanita berkahwin dengan Muhammad Umar di Kampung Bojongsari,


BEKASI – Seorang lelaki, Rahmat Sulistyo yang menyamar sebagai wanita dan berkahwin dengan lelaki lain didakwa di sebuah mahkamah semalam, lapor akhbar dalam talian Kompas.com.

Dia didakwa menggunakan identiti palsu dan menyamar sebagai wanita bernama Friska Anatasya Oktaviany semasa berkahwin dengan seorang lelaki, Muhammad Umar.

Lelaki itu berkahwin dengan Muhammad di rumahnya di Kampung Bojongsari, Kelurahan Jatisari, Kecamatan Jatiasih, Kota Bekasi pada 19 September 2010 selepas mereka berkenalan menerusi Facebook.

Dalam pendakwaan semalam yang merupakan hari pertama perbicaraan, Rahmat didakwa memalsukan keterangan dalam dokumen pernikahan dan menggunakan dokumen palsu.

Jika disabitkan kesalahan, dia akan dihukum penjara tujuh tahun.

Semasa pernikahan itu, penghulu di kampung tersebut tidak mengetahui bahawa Rahmat menyamar sebagai seorang wanita.

Identiti sebenar Rahmat terbongkar enam bulan selepas dia bernikah setelah suaminya memeriksa tubuh ‘isterinya’ itu ekoran rungutan jiran-jiran mereka bahawa kelakuannya seperti lelaki. – Agensi

sumber


 

FAKTA..!! Fenomena telur berdiri semasa gerhana bulan

Mungkin anda pernah dengar tentang telur berdiri? Tahukah anda, anda boleh melihat keajaiban ini sendiri semasa gerhana bulan berlaku? Mungkin anda akan terasa kerugian kerana Gerhana bulan baru sahaja berlalu (10 Disember 2011 ) dan anda terlepas peluang untuk mencubanya. Fenomena ini boleh berlaku samada semasa gerhana bulan, gerhana matahari serta bulan baru iaitu fasa sebelum berlakunya fasa anak bulan. Gambar dibawah diambil pada (10 Disember 2011).


GAMBAR. DIATAS MENUNJUKKAN
TELUR BERDIRI SEMASA
GERHANA BULAN



GAMBAR..
TELUR MASIH BERDIRI 10.40PM
10 DISEMBER 2011

Fenomena ini berlaku disebabkan tindakan graviti bulan dan matahari yang bergabung lalu menyebabkan sesuatu bendalir akan tertarik ke atas. Putih telur adalah merupakan bendalir yang paling kurang tumpat berbanding kuning telur sehingga menyebabkan putih telur ditarik naik ke atas dan menekan kuning telur ke bawah. Ini menyebabkan bahagian bawah telur menjadi berat sehingga membolehkan telur mampu menegak dengan sendirinya.
TELUR BERDIRI
SEMASA GERHANA MATAHARI
2010

P/S: KALAU NAK BUAT NI..KENA TELUR ORIGINAL JA TAU..
KALAU TELUR TIRUAN CINA..TAK MENJADI..
HEHEHEH..
JOM KONGSIKAN BERSAMA...

SIFAT LELAKI BERDASARKAN RAMBUTNYA....

"Balik ni tengok rambut boyfriend ke, papa ke, abang ke adik atau pun suami ke, ataupun diri sendiri........

1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN
-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri. (additional ..++)

11) RAMBUT MOHICAN/PUNK
- pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.

12) RAMBUT BOTAK
- open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya..

13) RAMBUT ALA 'ZAIBO'
- sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salahtafsir.

14) RAMBUT PALSU
- bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

15) RAMBUT ALA 'PUA CHU KANG'
- don't play-play with this category haah..!! he will hentam you, you know? kenaper?? tak percayaee??

16) RAMBUT 'RONALDO'
- rambut ala si 'pekan' dlm citer Batu belah batu bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah. dan bermain bebola ikan sebagai hobi " saja suka2....sekadar hiburan........


Dalam Setiap Keterpaksaan Itu Terkandung Kemanisan Iman

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?

Hidayah… bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.. InsyaALLAH~!!

Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke dalam mulut.. Kan??

20 SEBAB PEREMPUAN AKAN MEMBENCI SESEORANG LELAKI

1. MENINGGIKAN SUARA

2. MAIN KAYU TIGA

3. SUKA ‘CUCI MATA’

4. MENGONGKONG

5. EGO

6. MENIPU

7. PERASAN

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

10. CEMBURU BUTA

11. MATA DUITAN

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

13. PANAS BARAN

14. KAKI MEROKOK

15. PENGOTOR

16. GELOJOH

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

19. PUTAR BELIT

20. SUKA KONTROL MACHO

Tarikh Yusry KRU Dan Lisa Surihani Kahwin Pada 25 Februari 2012?

Gossip tarikh yusry dan lisa surihani kahwin pada 25 Februari 2012? Gossip mengenai bila tarikh perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani masih lagi menjadi tanda tanya kerana pasangan ini menyatakan bahawa mereka akan kahwin pada awal tahun 2012. Menurut sumber, Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah ditempah pada Februari 2012 untuk majlis perkahwinan pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU.

Melalui satu lagi kenyataan dilaman twitter mengatakan pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU bakal naik pelamin pada 25 Februari 2012 nanti.Apapun, ia masih lagi hanya khabar angin. Tidak lama lagi, yusry mesti akan mengumumkan tarikh rasmi perkahwinan mereka itu.

KEPALA PEMUDA BERBENTUK GANJIL [GAMBAR]

nina bersama anaknya gator yang mempunyai bentuk
kepala ganjil


QUEEN – Sekumpulan doktor di Britain terpaksa membuang separuh tengkorak seorang lelaki, Steve Gator selepas dia diserang oleh dua lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Gator, 26, yang bekerja sebagai pemandu kren sedang dalam perjalanan pulang dari kilang tempat dia bekerja pada 15 Januari lalu apabila dua remaja menjerit kata-kata kesat terhadap seorang sepupunya.

Berang dengan perbuatan itu, Gator cuba berdepan dengan mereka tetapi dia ditumbuk dengan kuat menyebabkan kepalanya cedera teruk akibat terhantuk pada simen bahu jalan.

Dia kemudian pergi ke sebuah hospital dekat sini untuk mendapatkan rawatan.

Doktor-doktor terpaksa membuang bahagian hadapan tengkorak pekerja kilang itu selepas otaknya membengkak.

Pihak hospital turut memberitahu ibunya, Nina bahawa peluang anaknya untuk terus hidup amat tipis tetapi Gator selamat selepas koma selama dua minggu.

“Dahulu, dia gemar berdikari. Kini Gator tidak boleh bekerja. Cuma terdapat kulit kepala yang melindungi otaknya. Kami masih menanti plat tengkorak baru untuk anak saya,” kata Nina.

Wanita itu lebih kecewa apabila mengetahui pihak pendakwa raya telah menggugurkan pendakwaan terhadap dua samseng remaja yang menyerang anaknya kerana kekurangan bukti. – Agensi



BUDAK PEREMPUAN UMUR SETAHUN MENGANDUNG

PERUT Mengru didapati mempunyai janin yang merupakan kembar siam yang tidak terbentuk dengan sempurna.

BEIJING – Doktor-doktor di China terkejut apabila mendapati terdapat bayi di dalam perut seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak perempuan tersebut, Kang Mengru mengejutkan petugas-petugas perubatan apabila perutnya beransur-ansur menjadi besar.


Beberapa doktor melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT) untuk mencari punca perut kanak-kanak itu membesar dan menemui satu janin di dalam perut Mengru.


Mereka percaya janin itu ialah kembar parasit iaitu kembar siam yang tidak terbentuk dengan sempurna.

Kanak-kanak itu kini menunggu untuk menjalani pembedahan bagi membuang janin itu. – Agensi

 

pelik tapi benar!!! Kejutan binaan terbalik

TANGKAI bangunan ini memiliki berat 150,000 kilogram dan boleh dipanaskan semasa cuaca sejuk.
 
MENURUT falsafah perancangan bandar, fungsi bangunan tidak hanya sebagai tempat tinggal mahupun tempat kerja, tetapi ciri uniknya membolehkan sesebuah bangunan menjadi mercu tanda.

Wonderworks di Orlando, Florida, Amerika Syarikat (AS) misalnya dibina secara terbalik. Bangunan muzium tiga tingkat itu mempunyai ketinggian 25 meter.

Sebelah bangunan itu senget manakala tiang yang menopangnya dibiarkan retak dan patah. Sesuai dengan keadaannya, di dalam muzium itu terdapat permainan yang mendebarkan bahkan mengejutkan termasuk ribut selaju 104 kilometer sejam dan gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Ritcher selain pameran kapal tenggelam Titanic.

Antara bangunan lain yang menampilkan reka bentuk pelik ialah Rumah UFO di Sanjhih, Taiwan, Perpustakaan Awam Kansas City, Missouri, AS, Bangunan Tarian, Prague, Republik Czech dan Rumah Kiub di Rotterdam, Belanda.

Bangunan ibu pejabat syarikat pembuatan barangan kraf tangan AS, The Longaberger Company pula menterjemahkan identitinya menerusi bangunannya.

Direka menjadi seakan sebuah bakul besar, bangunan tersebut mengingatkan masyarakat sekitar terhadap perusahaan kraf tangan yang diasaskan oleh Dave Longaberger.

Biarpun dianggap sebagai sebuah rekaan pelik, bangunan tersebut turut mempunyai kegunaan apabila bahagian tangkai bakul yang mempunyai berat kira-kira 150,000 kilogram boleh dipanaskan ketika cuaca sejuk..

MUZIUM Wonderworks di Ohio, Florida menampilkan konsep bangunan terbalik.

Bangunan tersebut terletak di Ohio, AS. Ia siap pada tahun 1999 iaitu selepas kematian Longaberger.

"Begitu sukar untuk memikirkan sesuatu yang lebih baik selain papan tanda untuk memberitahu sesuatu ataupun menarik perhatian orang ramai," kata Timbalan Pengarah Muzeum Sejarah dan Industri AS yang menjelaskan mengapa sesebuah struktur direka dengan pelik.

Ilham

Bukan sahaja diilhamkan untuk menonjolkan kreativiti perekanya dalam menghasilkan sesebuah bangunan dengan nilai artistik, pembinaan sesetengah bangunan turut memberi kesan terhadap penggunaan ruang.

Rumah Kiub di Belanda pada pandangan mata kasar seolah-olah buah dadu berwarna kuning yang tersusun elok.

Rumah tersebut merupakan satu inovasi perumahan yang diilhamkan oleh arkitek Piet Blom dengan konsep tinggal di bumbung bandar bagi menjimatkan penggunaan ruang tanah.

Rekaan Blom itu mewakili sebuah perkampungan di dalam bandar Rotterdam dengan setiap rumah seakan sebatang pokok. Apabila disusun bersama ia menjadi seperti sebuah hutan.



Dalam bidang seni bina, reka bentuk bangunan pelik ini dikenali sebagai akrkitektur novelti iaitu bangunan dan struktur yang diberi sentuhan bentuk luar biasa.

Ia sama ada untuk tujuan pengiklanan, mercu tanda atau sekadar menonjolkan sisi eksentrik pemilik bangunan.

"Perkembangan dalam perisian komputer telah memberi peluang kepada arkitek untuk tampil dengan variasi bentuk tiga dimensi.

"Ia memudahkan mereka berimaginasi dan menghasilkan sesuatu yang kelihatan menarik," kata penulis pembentukan bandar, James Graham Ballard.

Namun, bukan semua rekaan bangunan unik itu berjaya. Buktinya, sebuah resort di Sanzhi UFO City, Taipei, Taiwan mengangkat konsep kapal angkasa makhluk asing sebagai asas rekaan bangunannya gagal disiapkan kerana pemajunya kerugian selain berlaku beberapa kemalangan di sekitar kawasan pembinaan bangunan itu.

kosmo
                                             RUMAH Kiub di Rotterdam, Belanda direka bagi mengurangkan penggunaan tanah.

pelik tapi benar...Hotel tergantung di puncak gunung


ROM - Bagi anda yang tidak mempunyai masalah gayat, mungkin boleh mencuba hotel di tepi cenuram puncak gunung Mont Blanc, Itali.

Hotel kabin berbentuk silinder dihasilkan syarikat Itali, Leap, diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah itu menggunakan helikopter.

Menurut Leap, hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menetap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki.

Rekaan mesra alam dengan kos penghasilan 214,000 pound (RM1.05 juta) itu dilengkapi 12 katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap besar menunjukkan pandangan mengagumkan dari puncak gunung Mont Blanc.

Struktur kayu itu dibina supaya dapat menahan tekanan di kawasan tinggi dan boleh dipindahkan menggunakan helikopter tanpa memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar.

sinar harian

Menara besi unik di Taiwan bakal cipta sejarah

TAIPEI - Bakal menghiasi ruang udara bandar Taichung di Taiwan, struktur besi mengagumkan ini mungkin akan menjadi antara bangunan paling menarik di dunia.

Menara Taiwan setinggi 305 meter ini akan dihasilkan menggunakan ribuan batang besi dan membentuk struktur segi tiga. Ia akan menempatkan sebuah taman bumbung, iaitu yang tertinggi di dunia untuk dinikmati pelawat.
Dengan ketinggian sama seperti Menara Eiffel di Perancis, bangunan ini adalah hasil idea arkitek dari Jepun, Sou Fujimoto yang memenangi pertandingan antarabangsa untuk mereka bangunan itu.
Dijangka siap pada 2017, bangunan dengan kos mencecah 6.59 bilion dolar Taiwan (RM688 juta) itu akan menggunakan tenaga boleh diperbaharui seperti air hujan dan solar untuk keperluan tenaga.

Pemuda libas bapa dengan pisau

PENAMPANG 10 Dis. - Seorang pemuda tergamak mengamuk dan melibas bapanya yang berusia 69 tahun dengan pisau sehingga cedera hanya kerana marahkan isterinya yang tiada di rumah mereka di Kampung Meruntum, di sini kelmarin.

Difahamkan, berikutan bimbang keselamatannya, mangsa, Kamlen Jamil yang cedera di dagu terpaksa terjun ke laut untuk menyelamatkan diri setelah dikejar anaknya itu yang berusia 31 tahun.

Kejadian berlaku pukul 4 petang semasa suspek pulang ke rumahnya dan mencari isterinya lalu bertanyakan kepada bapanya yang kemudian menjawab tidak tahu.

Berang dengan jawapan bapanya, suspek bertindak memecahkan cermin tingkap rumahnya selain menyerang warga emas itu dengan pisau.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ratan Kumar Singh berkata, suspek ditahan polis pukul 10 malam hari yang sama di sebuah rumah tidak bernombor berhampiran tempat kejadian.

"Hasil pemeriksaan menemui pisau sepanjang 28 sentimeter yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya di sini hari ini.

Katanya, suspek sebelum ini pernah dipenjarakan selama dua bulan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

3 rakyat China kongsi bilik hotel dengan 100 ular ditahan

COLOGNE, Jerman 11 Dis. – Seramai tiga orang yang berkongsi bilik hotel di Cologne bersama-sama 100 ekor ular, hampir 70 ekor kura-kura dan 20 ekor katak warna terang telah ditahan polis tempatan semalam.

Seorang pekerja hotel menelefon polis dan melaporkan tiga orang dari China yang menginap di hotel tersebut berada dalam keadaan meragukan.

Polis kemudian memeriksa beg-beg mereka dan menemui haiwan reptilia itu di dalamnya,

Jurucakap polis berkata, haiwan-haiwan tersebut belum diasingkan mengikut spesiesnya lagi membuatkan mereka masih tidak dapat mengenal pasti sama ada ia merupakan haiwan yang hampir pupus, beracun atau kedua-duanya sekali.

Mereka bertiga kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $1,300 (RM4,000). - utusan

Hanya 800 orang mangsa telefon digodam akhbar Murdoch

gambar hiasan

diLONDON 11 Dis. – Polis Britain semalam menyatakan jumlah mangsa yang pernah digodam telefon oleh akhbar milik Rupert Murdoch, News of the World adalah seramai 800 orang, jauh kurang daripada andaian awal.

Menurut pegawai polis yang menyiasat skandal akhbar tersebut, polis telah menghubungi semua orang yang telefon peti simpanan suaranya digodam.

Bulan lalu, polis telah mengenal pasti 5,800 orang yang berpotensi menjadi mangsa telefon mereka digodam berdasarkan nama-nama yang ditemui dalam nota milik Glenn Mulcaire, penyiasat persendirian yang dipenjarakan kerana menggodam telefon pada tahun 2007. - AFP

Artis Mana Pula Yang Mencabul Budak?


 Sebelum ini. mad  pernah melaporkan cerita seorang artis lelaki yang mempunyai nafsu songsang, disusuli dengan cerita seorang artis yang bertatu.

kali ini lain pula ceritanya..
Kebelakangan ini, bermacam-macam cerita negatif yang kita dengar dari artis tempatan kita sekarang ini.

Terbaru dalam satu artikel laman web yang mad  baca semalam, seorang penyanyi popular tahun 80-an telah disoal siasat atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Tak cukup dengan itu, dua wanita di mana salah seorang daripadanya adalah ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan polis mendakwa penyanyi lelaki berusia lewat 40-an itu melakukan perlakuan lucah terhadap mereka.

Ish takkan sampai macam itu sekali? Benarkah dakwaan mereka ini? Takkan tergamak macam itu sekali penyanyi tersebut? Namun begitulah hakikat yang Murai Batu baca semalam. Persoalan betul atau tidak masih belum terjawab kerana perkara ini masih dalam siasatan pihak polis.

Laporan tersebut mengatakan yang mangsa, seorang daripada wanita terbabit berusia 37 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia telah membuat laporan polis berikutan kejadian itu selepas tidak tahan dengan perbuatan penyanyi terbabit yang disifatkannya mengaibkan dia, anak lelakinya dan rakannya, berusia 31 tahun.

Penyanyi itu juga turut menuduh mereka (mangsa dan rakannya) sebagai pasangan lesbian dan menghebahkan kepada penggiat industri hiburan. Kami percaya dia buat begitu kerana ingin menutup perbuatan kejinya.

Begitulah sedikit sebanyak cerita yang mad baca, kalau betul seperti didakwa, memang teruk nafsu penyanyi ini.

p/s: bawa-bawalah bertaubat...

Pelakon Buat Gangguan Seksual Terhadap Pramugari

Keji! Itu je perkataan yang sesuai dilontarkan kepada pelakon lelaki yang dah mencecah usia tua gayut ni. Hidup bahagia berumahtangga, tapi entah apa yang tak puas lagi gamaknya. Mungkin, pelakon ini mengeletar sangat tengok kemontokan pramugari ini sampai terlupa anak bini dekat rumah gamaknya.

Al-kisahnya, pramugari ini telah mengadu mengenai sikap pelakon ini yang sentiasa ligat memerhatikan dirinya daripada atas hingga bawah. Atas dasar bekerja, pramugari ini masih mengekalkan sikap profesional dan tak mengendahkan pandangan nakal pelakon tua tersebut. Agaknya, persalinan kebaya yang disarung oleh pramugari itu memberikan ilham kepada pelakon itu untuk berimaginasi. Imaginasi baik atau buruk, itu terpulanglah.

Sebaik sahaja pesawat mendarat ke destinasi, pelakon itu telah mengeluarkan kata-kata yang berbaur gangguan seksual berbunyi, “T*t*k you tu ori ke tak?” Apa lagi, tergamam besar pramugari itu dek perangai si tua gatal yang tak sedar diri. Mungkin juga pelakon itu terlampau mendalami dengan watak samseng yang sering dipegangnya sehingga terbawa-bawa ke dunia realiti.

Kata pramugari itu, kalau tak difikirkan soal profesional memang dimaki hamun je pelakon tersebut. Dan kepada pelakon itu, jangan nak feeling yang awak tu pelakon Nip & Tuck, okay!

rahsia wanita mengikut kedudukan dalam keluarga

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan


kepada anak tunggal tu..tak tahu pula macam mana..!! korang cari sendiri le ye...

p/s: apapun diatas adalah sekadar ramalam semata-mata..
terpulang kepada individu itu sendiri nak percaya ataupun tidak..

Friday, 9 December 2011

Fakta Asas Mengenai Kanser

Kanser adalah penyakit di mana sel-sel bertindak luar biasa, membesar dan membiak melebihi had biasa dan keupayaan mereka. Penyebaran sel agresif kemudian akan menyerang, merosak dan memusnahkan tisu-tisu berhampiran yang juga dikenali sebagai metastasis. Terdapat tiga sifat malignan utama sel-sel kanser iaitu agresif, melanggar dan cepat merebak. Sel benigna tidak mempunyai sifat-sifat tersebut dan dianggap agak selamat walaupun mereka juga mempunyai kecenderungan untuk berubah menjadi sel malignan.

Kanser boleh berlaku dalam setiap individu di setiap usia dan mempunyai kadar kematian 13%. Kebanyakan jenis kanser disebabkan oleh komposisi genetik abnormal sel malignan yang boleh disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar atau kecacatan kongenital.

Karsinogen boleh mengubah genom hos dan sifatnya menjadi malignan manakala masalah replikasi DNA juga boleh berlaku seperti yang biasa dilihat dalam pengembangan kanser pada janin. Kanser jarang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi jenis yang paling biasa yang berlaku ialah leukemia, yang diikuti oleh kanser sistem saraf pusat dan kemudian neuroblastoma.

Proses Perkembangan Kanser

Biasanya sel kanser membesar dan membiak dengan sewajarnya, dan ada kalanya juga sel-sel tersebut mati. Tubuh bertanggungjawab untuk memastikan seluruh proses pembiakan dan pertumbuhan seimbang. Sel-sel mati atau rosak digantikan secara automatik. Dalam kes kanser, sel tidak normal hidup lebih lama daripada sel normal dan cepat membentuk sel baru yang tidak normal. Sel-sel kanser boleh sampai ke bahagian-bahagian badan yang terpencil dan organ-organ penting, dan mengganggu fungsi dan proses yang penting.

Tanggungjawab utama DNA sel adalah untuk mengarah aktiviti. DNA yang rosak biasanya akan dibaiki oleh tubuh. Masalahnya ialah tubuh tidak mampu untuk memperbaiki kerosakan kerana sel kanser terus membinasakan sel-sel dan tisu-tisu lain. Kerosakan DNA boleh disebabkan oleh pendedahan kepada unsur-unsur berbahaya dalam persekitaran atau diwarisi. Kanser biasanya bermula dengan pembentukan tumor yang kemudiannya merebak keseluruh tubuh.

Tanda dan Gejala

Gejala boleh dibahagi kepada tiga kategori berasingan, iaitu: tempatan, metastasis dan sistemik. Tanda-tanda tempatan adalah yang pertama berlaku, yang dinyatakan melalui ketulan luar biasa atau pembentukan tumor, pendarahan, ulser dan kesakitan.

Tanda-tanda metastasis menyatakan bahawa sel-sel tidak normal telah mula merebak dan menjejaskan kawasan-kawasan berhampiran dan ditunjukkan dengan batuk, hemoptisis atau batuk berdarah, hepatomegali atau pembesaran hati, gejala neurologi, pembesaran nodus limfa dan kesakitan tulang.

Tanda-tanda sistemik menunjukkan kanser telah merebak ke hampir semua bahagian tubuh dan menjejaskan organ-organ utama dan sistem secara keseluruhan. Pernyataan biasa termasuk lemah tubuh badan atau cachexia, kurang selera makan, kehilangan berat badan, diaphoresis atau berpeluh malam, anemia, pembekuan darah dan hormon yang tidak normal. Lain-lain gejala yang ketara termasuk kekaburan penglihatan, mudah letih, sakit kepala, demam, loya, dan muntah-muntah.

Jenis-jenis Kanser

Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, dan diikuti oleh kanser paru-paru dan kanser payudara. Terdapat juga kanser hati, kolon atau kanser kolorektal, kanser pankreas, kanser pundi kencing, kanser ovari, kanser endometrium, kanser tulang, kanser kulit atau kulit melanoma, limfoma non-Hodgkin dan leukemia.

Semua ini memberi kesan kepada berbagai bahagian tubuh. Ada kemungkinan kanser hanya berlaku di bahagian tertentu tubuh tetapi jenis ini masih dianggap mengikut bahagian asal. Sebagai contoh, jika sel kanser payudara merebak ke paru-paru, ianya masih dirujuk sebagai kanser payudara walaupun sel-sel di dalam paru-paru juga sudah menjadi kanser.

Sifat Sel Kanser

Sel kanser atau sel malignan tidak memiliki sifat sel biasa yang menghadkan pertumbuhan dan penyebaran mereka. Mereka tidak mampu untuk apoptosis atau masih terus membiak walaupun mempunyai keganjilan genetik. Sel ini tidak peka terhadap isyarat tubuh yang menghadkan pertumbuhan dan penyebaran. Ia sentiasa membahagikan diri dan bertahan lebih lama dari sel normal dan juga mempunyai keupayaan untuk menyerang dan membinasakan tisu berhampiran hanya untuk membiak.

Secara keseluruhan, kesilapan genetik terus merebak tanpa dibaiki dan meningkatkan mutasi sel di dalam tubuh. Fungsi tubuh terganggu atau tidak lagi berkesan sementara kerosakan terus berkembang. Walau bagaimanapun kanser bukanlah penyakit berjangkit atau boleh merebak.

Pemilihan 'Cinta Muka Buku' Dipertikai Ke AJL

Jumaat lepas, 12 buah lagu sudah diumumkan sebagai finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) yang bakal bersiaran pada 29 Januari depan. Dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, pasti akan ada ketidakpuasan hati sesetengah pihak terhadap pemilihan sesebuah lagu.

Kali ini, lagu dendangan Najwa Latif,16, yang berjudul 'Cinta Muka Buku' dianggap tidak layak sehingga menimbulkan spekulasi ramai pihak. Menjawab kepada spekulasi berkenaan kepada MH Online, Najwa mempunyai pandangannya sendiri;
 
" Lagu yang 'simple' dan ringkas lebih senang untuk difahami dan itulah kekuatan lagu tersebut. Malah, peminat pun boleh menyanyikan lagu itu bersama-sama. Saya tidak kisah jika lagu itu dipertikai kerana saya mengambil pandangan tersebut sebagai satu pengalaman dan terimanya dengan positif. Lain orang lain citarasanya terhadap sesebuah lagu. Apa pun, saya bersykur kerana terpilih sebagai finalis".
 
"Masa mula-mula lagu 'Cinta Muka Buku' diumumkan, saya menangis kerana tak sangka lagu yang dicipta selama tiga hari sahaja telah terpilih. Tak sangka, lagu itu hanya dibuat untuk suka- suka tetapi akhirnya berjaya hingga ke tahap ini." Katanya teruja.
 
Ditanya mengenai perkembangan terbarunya pula, Najwa kini sedang menyiapkan album mini pertama yang memuatkan lima buat lagu. Album tersebut bakal dilancarkan pada awal tahun hadapan.
 
Berikut adalah senarai penuh 12 lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu;
 
1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
11. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
 
jangan lupa saksikan pertandingan akhir AJL pada 29 january 2012...

Bayi Dilahirkan Dengan 2 Muka Dan 4 Mata

BAYI DI LAHIRKAN DENGAN DUA MUKA DAN EMPAT MATA ,Seorang wanita dari daerah ultar Pradesh,50km dari utara New Delhi selamat melahirkan bayi yang mempunyai dua muka dan empat mata.Penduduk kampung di daerah tu merasakan kelahiran bayi itu adalah kelahiran semula Bentara Ganesha,iaitu tuhan hindu.

Kelahiran bayi istimewa itu disambut gembira dengan sorakan mesra.Ibubapa bayi itu masih belum menamakan bayi mereka dan dia mengatakan kelahiran itu adalah satu keajaiban dan hadiah dari tuhan.Doktor masih tidak dapat mengetahui sama ada bayi itu dapat makan seperti manusia normal.Kelahiran bayi itu disitu adlah satu kelahiran yang lur biasa dan lain daripada yang lain.

Beberapa Fakta Menarik Mengenai Islam

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-”recover” oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian dan kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendiakawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.Wallahualam..

bersama kita menjadikan islam sebagai agama yang berjaya...!!

lawak lucu!!! Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)




Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.
















NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU

menyingkap kembali kisah para sahabat terdahulu.. yang penuh dengan pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam mencari erti kehidupan abadi...


Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"
Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar.(sejenis arak)  Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."
Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman,
(" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari.)

( Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari.)

 Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"
Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

renugkanlah bersama...!!

Kelar Tangan Gagal Pujuk Isteri

AMPANG: Seorang lelaki dikatakan sanggup bertindak mengelar tangannya sendiri selepas usaha memujuk bekas isteri supaya kembali bersamanya tidak berhasil.

Malah, lelaki berusia lewat 20-an itu dipercayai hampir menikam perutnya dengan sebilah pisau yang ‘sama digunakan itu namun sempat dihalang bekas adik iparnya yang menyaksikan kejadian itu, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, sumber berkata lelaki terbabit datang ke rumah keluarga bekas isterinya dipercayai untuk memujuk wanita itu untuk kembali hidup bersama.

Difahamkan, pasangan terbabit berpisah lebih tiga bulan lalu sebelum wanita itu berpindah ke rumah ibunya di Hulu Klang, di sini.

“Sebaik tiba di pekarangan rumah keluarga bekas isterinya itu, lelaki terbabit menjerit meminta mangsa keluar dan merayu supaya wanita itu menerimanya semula dan pulang ke rumah mereka.

“Bagaimanapum mangsa menolak permintaan bekas suaminya itu menyebabkan dia mengeluarkan pisau daripada seluar dan mengacukan ke arah mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa terkejut dengan tindakan bekas suaminya dan menjerit meminta agar tidak mencederakan dirinya.

Difahamkan, mangsa kemudian bergegas masuk ke dalam bilik menyebabkan bekas suaminya itu tertekan.

Sumber berkata, bekas suami mangsa kemudian mengugut mahu mencederakan dirinya sendiri jika mangsa tidak mahu mengikutnya pulang ke rumah.

“Adik perempuan mangsa yang mendengar bunyi bising bangun dari tidur dan melihat bekas abang iparnya sedang mengelar tangannya sendiri sebelum bertindak mengacukan pisau ke arah perutnya.

“Terkejut melihat tindakan itu, dia memujuk bekas abang iparnya itu supaya bertenang dan pulang ke rumah selain memberitahu kononnya akan memujuk kakaknya selepas itu,” katanya.

Sebaik lelaki itu pulang, mangsa dan adik perempuannya ke balai polis berhampiran membuat laporan berhubung kejadian itu kerana bimbang dicederakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Iamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Mati Ketika Sedang Berzina Dengan ikan Pari

Ambillah iktibar dari cerita ini. [Dipetik dari majalah BICARA keluaran bulan Julai] Kisah berikut adalah sebuah kisah benar yang telah berlaku di sebuah perkampungan nelayan di Sabah dan bukan lah satu cerita rekaan yang sengaja diada-adakan oleh penulis untuk menakut-nakutkan pembaca. Semoga kisah ini dapat memberi keinsafan dalam diri kita.

Allah akan membalas setiap apa pekerjaan yang kita lakukan tidak kira samada ianya melibatkan manusia, tumbuhan mahupun haiwan. Selagi kita semua adalah makhlukNya selagi itulah pulangan terhadap setiap perbuatan kita akan dibalas.

Nordin (bukan nama sebenar) adalah seorang pemuda pendiam dikampungnya. Beliau tidak gemar bercampur-gaul bersama kawan-kawan sekampungnya. Beliau sering mengasingkan diri daripada masyarakat setempat dan sering bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara. Ramai yang tidak dapat mengagak sikap Nordin yang sebenar. Kadangkala beliau kelihatan ramah dan kadangkala sering memencilkan diri dalam rumah peninggalan kedua orang tuanya. Sikap pendiamnya itu membuatkan rakan-rakan menganggap Nordin tidak cukup sifat kelakian. Adakala ada juga yang bermulut celupar menggelarnya ‘pondan’. Ini kerana Nordin dianggap pelik kerana beliau tidak gemar jika rakan-rakannya bercakap tentang perempuan dan kisah-kisah cinta mereka pada gadis-gadis kampung itu. Nordin dibesarkan di sebuah perkampungan nelayan yang telah wujud lebih 40 tahun yang lalu.

Beliau mahir dalam kerja menangkap ikan yang diwarisi dari arwah bapanya yang juga seorang nelayan. Sebenarnya Nordin bukanlah seorang lelaki yang tidak cukup sifat kelakian seperti yang didakwa oleh kawan-kawannya. Cuma beliau merasa diri beliau tidak bersedia untuk berumah tangga memandangkan keadaan dirinya yang tidak terurus dan pendapatan yang tidak menentu. Beliau tidak yakin beliau akan bertemu dengan mana-mana perempuan di kampung itu yang mahukannya seikhlas hati. Kebanyakannya lebih suka memilih jejaka yang tampan dan mempunyai pekerjaan tetap di bandar. Oleh itu beliau sering menghabiskan masa di sungai atau laut bermanja dengan ikan-ikan dan hasil penangkapannya sahaja. Kadang-kadang bermalam beliau tertidur sambil menunggu hasil tangkapan. Semuanya sudah menjadi rutin hidupnya setiap kali pukat yang dipasang tidak mengena.

Hari itu, Nordin berasa rajin untuk turun ke laut, biarpun biasanya hari Jumaat nelayan tidak turun memukat. Rakan-rakan semua turun ke pekan namun Nordin berasa ingin turun bersendirian ke laut melakukan tugas-tugas seperti biasa. Selepas sejam memasang pukat, Nordin berhenti di tepi kuala yang dipercayai tempat ikan-ikan terperangkap. Setelah memasang pukat, beliau baring-baring di tepi botnya sambil berangan-angan kosong tentang diri dan masa hadapan. Sedang leka berangan, tanpa disedari beliau tertidur dan apabila beliau terjaga jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Terus beliau menghidupkan enjin botnya dan menuju ke pukat yang dipasang pagi itu. Alangkah gembiranya beliau setelah mendapat banyak ikan merah, kerapu dan seekor ikan pari yang terperangkap dalam pukatnya itu. Nampaknya Nordin dapat seekor pari betina yang agak gemuk dan besar. Tanpa berlengah beliau pulang ke rumah untuk memunggah ikan-ikan itu. Sampai di rumah, Nordin memasukkan ikan merah dan kerapu ke dalam tong air sementara ikan pari diletaknya di dapur. Ikan pari betina yang sedang kelemasan itu diletaknya di dapur sementara, sebelum dipotong-potong untuk dijual kepada orang kampung. Tiba-tiba mata beliau tertumpu pada alat kelamin pari betina yang sedang mengembang dan mengempis. Nordin berasa tertarik lalu menyentuhnya beberapa ketika.

Mungkin disebabkan oleh hasutan syaitan, tiba-tiba Nordin merasa satu perasaan lain yang menyelubungi dirinya. Perasaan ghairah yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Tiba-tiba sahaja nafsunya bergelora selepas menyentuh alat kelamin pari betina itu. Syaitan mula merancang strategi untuk melemahkan iman manusia. Iman Nordin yang sudah sedia lemah itu telah menerima pakai rancangan – rancangan yang ditimbulkan oleh para syaitan yang bersorak keriangan. Apa lagi tanpa berlengah ditusuknya ikan pari malang itu berkali-kali hingga menyebabkan ikan pari yang sedang kelemasan itu terus lemah dan mati akibat terkena suatu goncangan yang kuat. Terdampar Nordin kepuasan setelah dikerjakan pari betina itu semahu-mahunya. Barulah Nordin faham kenapa rakan-rakannya sering mengusiknya tentang perkahwinan dan perempuan. Setelah segala-galanya selesai, dibasuhnya ikan pari itu dan mengeluarkan segumpalan lendir putih yang terpelusuk di dalam tubuh pari itu dengan suatu senyuman. Puas. Tanpa perasaan jijik, dimasukkan pari itu ke dalam tong ais bersama-sama dengan ikan-ikan yang lain untuk dijual kepada orang kampung. Sedang Nordin mengelamun malam itu, selepas makan malam, tiba-tiba fikirannya kembali pada perbuatan terkutuknya petang tadi. Para syaitan kembali menghasut agar mengulanginya kembali. Sekali lagi Nordin termakan hasutan itu dan kembali ke tong ais dan mengeluarkan pari berkenaan dan mengulangi perbuatannya yang jijik dan kotor itu pada bangkai pari yang tidak mampu berbuat apa-apa itu. Nordin berdayung dengan gelojohnya. Nafasnya turun naik bersama syaitan yang bersorak riang di sisinya. Nikmat bersetubuh dengan pari itu membuatkan Nordin tercungap-cungap dengan peluh yang mengalir ke seluruh badan. Disebabkan pari itu terlalu lama terdedah pada kepanasan dan kerakusan goncangan Nordin, akhirnya bangkai ikan malang itu menjadi busuk.

Tanpa berasa belas terus Nordin membaling bangkai ikan pari betina itu terus ke tengah air pasang berhampiran rumahnya. Keesokan hari, gempar seluruh kampung apabila mereka terlihat seekor ikan pari yang besar terdampar di pasir pantai. Oleh kerana pari tersebut telah busuk, maka tidak siapalah yang mengambilnya dan dibiarkan sahaja terus membusuk. Nordin pula meneruskan semula kerja-kerjanya seperti biasa tanpa berasa sedikitpun kesal atas perbuatannya itu. Pagi itu Nordin turun ke laut dengan kawan-kawannya memukat udang. Setiap kali menarik pukat, Nordin akan berangan-angan untuk mendapatkan pari yang lebih besar. Apabila tidak bertemu beliau akan berasa geram dan marah. Di hempas-hempasnya pukat dan jala ke atas bot sambil menyumpah seranah ikan-ikan hasil tangkapannya itu. Setiap malam Nordin tidak keruan menahan gelora nafsu. Dia sentiasa terbayang-bayang perbuatannya terhadap pari betina hasil tangkapan yang lalu. Pagi esok, tanpa berlengah lagi cepat-cepat Nordin turun ke laut memasang pukat. Cita-citanya besar, untuk menangkap ikan pari betina yang lebih besar agar ‘kenikmatan’ akan bertambah. Setelah berpanas menunggu hasil tangkapan akhirnya Nordin dapat juga seekor ikan pari betina yang besar seperti yang diidamkannya. Beberapa ketika timbul pula seekor lagi betina yang lebih besar, juga ditangkapnya dan diletakkan di dalam bot. Gembiranya hati Nordin bukan kepalang, mahu sahaja diterkamnya 2 ekor pari yang masih hidup itu namun ditahannya hingga ke rumah.

Begitulah hasutan syaitan terhadap nafsu Nordin. Sesampai di rumah, selepas mengeluarkan duri berbisa pari tersebut, terus beliau melayari nafsu rakusnya bersama pari-pari itu bergilir-gilir. Pari-pari yang masih hidup itu mengelupur kesakitan menahan goncangan Nordin yang terlalu kuat. Pari-pari itu seperti tahu bahawa dirinya telah dinodai oleh manusia rakus dan kejam seperti Nordin, ia mengelupur sambil mengerak-gerakkan sayapnya beberapa kali meminta diri dilepaskan, namun Nordin tidak kisah dengan itu semua, biar apapun terjadi nafsu serakahnya harus dilepaskan dan pari itulah yang akan menjadi mangsa. Petang itu tanpa berasa jijik dan kotor dibasuhnya ikan pari itu dan dijualkan kepada kanak-kanak yang berpeleseran di tepi rumahnya. Berebut-rebut kanak-kanak itu membeli pari besar dan banyak isi itu untuk dibuat lauk kerana Nordin menjualnya dengan harga murah. Tanpa disedari sudah lebih tiga bulan perkara itu terjadi sehingga tiada lagi rasa minatnya pada perempuan. Sesekali difikirkan juga akan buruk kelakuannya itu namun dipendamkan saja. Sehinggalah pada suatu petang beliau telah dikunjungi rakan lama. Rakan ketika alam persekolahan dahulu. Walaupun beliau pendiam dan sukar bergaul namun Ramli (bukan nama sebenar) bukan seperti orang lain padanya. Ramli adalah rakan tempat beliau mencurah segala masalah yang melanda dirinya satu masa dahulu. Malah Ramli lah tempat dia menumpang kasih setelah ketiadaan ibu dan ayah. Ramli bercadang untuk bermalam barang seminggu dirumahnya untuk menghabiskan cuti semesta. Ramli sempat belajar hingga ke Universiti tetapi Nordin tersangkut kerana kemiskinan hidup yang tidak mengizinkan beliau menyambung pelajaran.

Ramli bercadang untuk belajar menangkap ikan dengan Nordin sepanjang cutinya itu. Nordin bagaikan tersentak sedikit kerana beliau terpaksalah memendam rasa untuk melepaskan nafsu syaitannya itu pada pari-pari hasil tangkapannya kelak. Suatu hari sedang mereka berada di kuala laut menunggu pukat, mereka bersembang tentang hal masing-masing. Di situlah Nordin mula melepaskan rahsianya yang selama ini dipendamkan. Rahsia tentang tabiat buruknya. Apalagi terkejut besar Ramli mendengar pengakuan rakan karibnya itu. Dinasihatnya Nordin agar kembali insaf diatas perbuatannya. Nordin mengangguk-angguk tanda setuju. Beliau telah bertekad dalam hati untuk membuang sahaja tabiat buruknya itu dan kembali ke pangkal jalan. Ramli lega dengan keinsafan Nordin dan bersyukur pada Tuhan. Rupanya Tuhan telah menghantar Ramli untuk memberi peluang kedua pada Nordin agar insaf dan bertaubat. Namun tidak semudah itu, keinsafan Nordin itu hanya muncul sepanjang Ramli berada dirumahnya sahaja, setelah Ramli tiada, gelora nafsunya tiba-tiba sahaja memuncak kembali. Tuhan mahu menguji sejauh mana keinsafan dan keikhlasan hati Nordin pada perjanjiannya dulu. Ternyata Nordin tewas, tewas dalam ujian Tuhan yang tiada henti-henti menguji setiap hambanya. Pagi itu beliau kembali ke laut memasang pukat. Hatinya begitu lega kerana pukatnya mengena seekor pari betina yang besar dan gemuk. Nordin cepat-cepat membelek-belek alat kelamin pari betina itu dan mengusapnya beberapa kali. Gelora nafsunya semakin memuncak. Tanpa perlu pulang ke rumah, diatas botnya itu juga dihayunnya senjata tajam miliknya yang tiada bermata itu. Setelah dilanyak dan dihayun beberapa kali Nordin semakin hilang pertimbangan. Syaitan kini telah merasuk dirinya. Sedang leka berdayung, tiba-tiba beliau merasa suatu kelainan pada hayunan tubuhnya kali ini. Hisapan pari itu pada senjatanya semakin kuat hingga kenikmatan tadi bertukar menjadi perit dan pedih.

Di tengah laut Nordin menjerit kesakitan. Sakit seperti dihiris-hiris. Seluruh tubuhnya tiba-tiba menjadi kejang dan keras. Beliau tidak lagi dapat bernafas dan bergerak. Tubuhnya mengelupur sama seperti ikan pari betina itu yang mengelupur kesakitan menahan hentakan kuat di tubuhnya dahulu. Rupanya kemaluan Nordin telah ditusuk oleh duri anak ikan pari yang belum lahir dalam perut ibunya. Akhirnya Nordin keras dan meninggal di situ juga, di atas bot yang menjadi saksi diatas segala perbuatan Nordin selama ini. Petang itu kembali gempar seluruh kampung apabila bot Nordin terdampar di tepian pantai dengan Nordin yang masih tertiarap di atas tubuh pari betina dengan alat kemaluan yang masih tertusuk dalam perut pari betina itu. Tubuhnya hitam kebiru-biruan. Sesekali apabila pari betina itu mengelupur, mayat pucat Nordin turut menggelepar. Ngeri dan tragis sekali. Penduduk kampung begitu terkejut dengan penemuan yang tidak disangka-sangka itu, apatah lagi Nordin bukan orang asing bagi mereka. Seluruh kampung merasa malu dengan perbuatan Nordin dan mengambil keputusan untuk mengkebumikan jenazah Nordin di luar perkampungan itu. Bukan setakat orang kampung sahaja malah saudara-mara dan kawan-kawannya semua tidak peduli dengan kubur Nordin. Dibiarkan sahaja tanpa dinesan dan dibersihkan. Mereka menanggung malu seumur hidup kerana perbuatan Nordin telah menjadi buah mulut orang ramai sehingga ke luar daerah. Begitulah betapa Tuhan melaknat perbuatan zina, tidak kira pada sesiapa sahaja seperti dalam firmanNya yang bermaksud “Jauhkan dirimu dari zina kerana zina itu kebinasaan,”

jadikan ini..sebagai pengajaran..!!

(RENUNGAN BERSAMA) MENGAPA DOA KITA TIDAK DIMAKBULKAN

SELALUNYA Tuhan akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Tuhan. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:

-Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Tuhan.
 
-Ada dinding yang membataskan kita dengan Tuhan seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Tuhan berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.
 
-Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.
 
-Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar.
Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa.
Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu":
 
-Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
 
-Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
 
-Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
 
-Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
 
-Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
 
-Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
 
-Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya
 
-Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
 
-Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
 
-Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah - setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.
 
Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain mengatakan; doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri serendah-rendahnya (khusyu' dan tawadhu') sewaktu berdoa, serta memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah.
 
Di sinilah letaknya rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa sebahagian besar dari manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya kenapa Allah selalu mengabulkan doa Rasul dan nabi, para sahabat dan tabi'iin, para wali dan orang soleh lainnya.
 
Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa.
 
Di antara adab-adab berdoa ialah:
 
-Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.
 
-Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.
 
-Berdoa dengan menghadap kiblat.
 
-Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.
 
-Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.
 
-Berdoa dalam keadaan khusyu' dan tawadhu' dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.
 
-Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.
 
-Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.
 
-Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.
 
-Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.

KECANTIKKAN LELAKI, KEGAGAHAN WANITA


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan
Yang
ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.



Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang
ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW :
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka
sesungguhnya
ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Wallahualam

GEMPAR!LANGSUIR BERTENGGEK DI SELEKOH MASUK TAMAN PERUMAHAN

HI-TECH, Kedah – Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.

Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.
 
Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh.
“Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah.
 
“Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan.
 
“Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya.
 
Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir.
 
“Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu.
 
“Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Gerhana bulan penuh esok

 Fenomena gerhana bulan penuh akan dapat disaksikan rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara pada 10 Disember, malam ini.

Menurut laman web falak-online, fenomena sama sebelum ini berlaku pada bulan Jun tahun lalu. Bagaimanapun, gerhana yang akan berlaku, dijangka tidak seperti tahun lepas yang mana ia berlaku pada lewat tengah malam sehingga matahari terbit keesokan paginya.

"Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam, tidak seperti gerhana lepas. Gerhana ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai," laman web itu dipetik.

Fasa gerhana akan bermula pada jam 7.31 petang, namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap dikenali sebagai umbra, kesan gelapnya baru kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 hingga 10.57 malam dan akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Selain itu, jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 minit dan 16 saat.

kantoi..!! Artis kacak minat cinta sejenis

TERLOPONG seketika mad bila membaca satu artikel cerita mengenai seorang artis kacak berperangai tidak senonoh. Jika melihat pada susuk tubuh badan, mungkin ramai yang tidak menyangka artis ini mempunyai nafsu bertentangan dengan tuntutan agama.

Artis ini pernah bercinta dengan selebriti popular dan daripada pengalaman itu, peminat beranggapan dia seorang lelaki yang masih menagih cinta wanita.
Menurut rakan artikel tersebut, cinta artis ini sebenarnya sudah beralih arah apabila meminati kaum sejenis. Sejauh mana kebenarannya, mad sendiri sukar pastikan kecuali jika artis ini berani tampil memberi kenyataan.

Apa yang menjadi bualan hangat media ketika ini apabila artis ini bergambar dengan pasangannya dalam keadaan seksi di dalam sebuah hotel. Rasanya, tidak perlu mad terangkan ‘posse’ seksi yang dilakukan, cukup sekadar peminat menggambarkan artis ini beraksi tanpa baju. hai.....


menurut sumber rakan media ini berkesempatan melihat beberapa keping gambar seksi artis ini yang menampakkan dia bersama pasangannya cukup mesra.


mad cuba berfikiran positif mungkin gambar sebegitu diambil sekadar suka-suka. Tetapi bila  memikirkan cerita artis ini mempunyai teman lelaki, nampaknya gambar ini boleh mengundang kontroversi pada dirinya.

Sumber rakan  itu turut menyatakan buat masa ini, gambar berkenaan belum lagi dikeluarkan blogger. mad pun bimbang andai gambar ini disebarkan.

Apa yang mad harapkan, artis kita pandai bawa diri bila membabitkan hal peribadi. Memang artis juga berhak mempunyai ‘privacy’ sendiri, tetapi jika terkantoi gambar tidak senonoh, kelak seluruh keluarga berasa malu. ingat!!, berhati-hati ketika bersosial.

nantikan isu gambar tersebut..!!

Lagi wanita jadi mangsa cinta siber

tidak habis pasal kes cinta siber ni.. setelah kejadian seorang nenek yang mad kongsikan minggu lalu.. kali ini lain pula kesnya..

 Walaupun pelbagai laporan mengenai cinta Internet didedahkan akhbar, namun masih ada yang terus menjadi mangsa khususnya kalangan wanita yang ‘kesunyian’ dan menjadikan beberapa laman web untuk bersembang serta mencari jodoh.

Terbaru, seorang ahli perniagaan wanita tempatan kerugian RM1.02 juta selepas terpedaya dengan janji dan kata-kata manis teman lelaki yang dikenalinya menerusi Internet dipercayai warga Afrika.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, mangsa yang berasal dari Johor Bahru dan dikenali sebagai Madam Lim, berusia 47 tahun, berkenalan dengan teman lelakinya, Kevin Axcel Brown, berasal dari Kanada dalam laman web, Match.com, September lalu.

Katanya, Kevin mendakwa bekerja di Terengganu sebagai jurutera dan memiliki sebuah syarikat yang dilantik sebagai subkontrak syarikat konglomerat tempatan, Petronas.

“Dalam tempoh itu, kedua-dua mereka sering berhubung melalui telefon. Kevin turut mengupah seorang wanita untuk menyamar sebagai ibunya bagi meyakinkan Madam Lim yang telah bercerai dan mempunyai dua anak bahawa dia seorang yang baik dan bertanggungjawab.

“Perbualan dengan ‘ibu’ Kevin meyakinkan Madam Lim bahawa dia seorang yang baik dan serius dalam perhubungan mereka,” katanya ketika ditemui di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA di sini hari ini.

Tambah Michael, Kevin kemudian meminta mangsa meminjamkannya wang tunai RM1 juta selepas dia menerima kontrak baru selain menampung masalah kos-kos pengurusan syarikatnya.

Difahamkan, Kevin turut menggunakan kepala surat Petronas Gas Bhd. bagi meyakinkan Madam Lim mengenai masalah yang dihadapi.

Katanya, akibat percaya dengan pujuk rayu dan janji manis Kevin yang akan membayar semula wang itu, Madam Lim telah memasukkan wang tunai RM1 juta seperti yang diminta ke tiga bank tempatan iaitu Maybank, RHB dan AmBank.

Jelas beliau, Kevin kemudian memaklumkan kepada Madam Lim bahawa pihak syarikat telah menawarkannya untuk mengendalikan satu projek di Nigeria.

“Sebaik sahaja berada di Nigeria, suspek telah menghubungi Madam Lim dan menyatakan hasrat datang ke Malaysia bagi membayar wang yang dipinjamnya daripada mangsa.

“Namun, mangsa perlu memasukkan wang tunai RM21,000 melalui kiriman wang Western Union dan mengarahkan Madam Lim menjemputnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

“Madam Lim sekali lagi memasukkan wang itu. Namun mangsa kecewa apabila Kevin tidak muncul di KLIA dan selepas beberapa jam menunggu, mangsa membuat laporan polis,” katanya.


p/s: jadikan ini sebagai pengajaran..kerana harus diingat...sedangkan kita bersaudara pun kadang boleh menipu..apa lagi jika orang yang tidak dikenali..fikirkanlah..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku