CERITA TERBARU

Thursday 24 November 2011

berjalan seiring kemampuan...

setiap diri sebenarnya punya kemampuan..kemampuan yang berbentuk fizikal..batin..dan jasmani..
dan itu menjadikan setiap individu punya kemampuan tersendiri yang disebut sebagai kelebihan..

mad tidak menafikan bahawa setiap individu.. punya kelebihan dan kekurangan masing-masing..dan kita jelas akan perkara itu..namun kali ini mad nak kupas tentang individu yang sentiasa mahu berjalan tanpa kemampuan yang dimiliki..

didalam setiap nafsu kehidupan manusia..kita memang tidak akan pernah merasa puas dengan apa yang dimiliki...dan itu menjadikan kita selalu berusahan mencari sesuatu walaupun bukan dari kemampuan yang ada pada diri..

contoh yang sering kita lihat didalam masyarakat kita hari ini ialah..tentang corak kehidupan yang terlalu mengikut trend semasa sehingga sanggup melakukan apa saja demi cita-cita walaupun pada hakikatnya...jauh didalam angan-angan..
berpakaian yang mewah..berkereta jenama..dengan aksesori yang penuh brand semasa...demi nama dan pujian yang tidak langsung diperlukan...sedangkan keja cuma tukang kebun...tanpa memikirkan kemampuan yang ada..anak bini dirumah,,mak dan ayah dikampung dibiarkan tanpa sedikit pun belanja untuk mereka..

cuma kita tanya pada diri..apa sebenarnya yang kita cari didalam hidup ini..?? pujian..nama...pentingkah didalam sebuah kehidupan..? jangan kerena nafsu diri semata..kita hanya gembira dan senang dimata orang lain..namun hakikatnya kita miskin didalam diri sendiri..menjadi seorang yang hipokrit..sehingga lupa asal-usul diri sendiri..terus dihanyut dengan kehidupan dunia yang hanya bersifat sementara...

biarlah kita hidup dengan apa yang kita miliki..ataupun dengan kemampuan yang ada..jangan kita lihat pada kemampuan orang lain..sehingga kita lupa pada kemampuan yang ada pada diri sendiri...orang nak beli ini..kita pun nak beli ini..orang nak pergi melancong kita pun sibuk nak pergi melancong..jangan!!!
kita kena ingat sentiasa..kehidupan ini bukan hanya untuk keseronokkan..tetapi erti kebahagian yang sebenar...
sentiasalah kita beringat...kemampuan kita bukan hanya pada luaran fizikal..tetapi hati kita juga sebenarnya punya kemampuan yang besar..tetapi jarang antara kita mahu memuji kemampuan itu.
hiduplah seiring dengan kemampuan..jangan mencari sesuatu yang sukar..belajarlah untuk sentiasa bersyukur..kerana itu akan menjadikan kamu tahu sejauh mana kemampuan yang kamu miliki..


kerena didalam dunia ini tidak semua manusia punya kemampuan yang sama..so beringat-ingatlah

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku