CERITA TERBARU

Friday 28 October 2011

SIAPA SEBENARNYA YANG GILA NIE..


...jejaka simple berceloteh....??



..assalamualaikum...

..ehm..terlebih dahulu mad nak tanya korang ni...korang ni ada penyakit gila-gila tak dalam diri..
ah...kalau  ada..! lebih baik korang  buangkan  kalau tak..nanti  jadi betul-betul gila baru padam muka korang...hahahahaha....^_^   jangan marah....gurau je...

tajuk entry mad kali ni...SIAPA SEBENARNYA YANG GILA NIE... macam kita semua tahukan...orang gila ni adalah orang yang kurang siuman atau pun ada masalah penyakit mental.sering kali kita melihat  dan terjumpa orang macam ini..dengan kerenah ragam yang pelbagai yang menjadi bahan lawak bahan ketawa masyarakat kita hari ini..

..tetapi..cuba korang fikir...walaupun mereka ini berstatus gila..sekurang-kurangnya kita semua tahu lah kan diorang ni gila..so bila mereka buat kerja-kerja bodoh taklah menghairankan sangat...tetapi mengapa ADA SEGELINTIR DARIPADA KITA..WALAUPUN WARAS TETAPI BERPERANGAI MACAM ORANG GILA.....???

seperti contoh yang selalu kita dengar dan baca dalam berita semasa...ORANG BUNUH DIRI. terjun atas bangunan...BUNUH IBUBAPA SENDIRI...tanam ANAK BARU LAHIR HIDUP-HIDUP ataupun MAIN BUANG JA DALAM TONG SAMPAH...cuba korang fikirkan...manusia seperti ini layakkah dipanggil waras atau tak gila...perangai lebih teruk daripada orang gila...so sekarang siapa yang sebenarnya  yang gila...
                                  cuba korang tengok ni.....
                                             dimana kewarasan mereka ni..
 
...perangai segelintir mereka ni lebih teruk lebih hina  daripada binatang...mad rasa kan binatang pun takkan buat macam ni.. inikah pula manusia..agak-agaknya mana mereka letak otak fikiran..sampai sanggup buat perkara-perkara diluar batas pemikiran manusia..belajar tinggi-tinggi..tetapi perangai macam orang tak sekolah..sebab orang tak sekolah pun tahu adat sopan kehidupan ni...mungkin dah terlalu pandai agaknya...

...dan lebih teruk lagi..ada yang sanggup buat apa saja..contoh bunuh bapa semata-mata tak nak tahu perangai bodoh mereka ini..walaupun  darah daging sendiri....inilah tanda kerapuhan akhlak manusia zaman sekarang.. nama sahaja orang islam..mengaku umat nabi MUHAMMAD S.A.W tetapi tidak tahu hukum  hakam  ..haram   halal tentang agama....layakkah mereka ini hidup sekadar berpura-pura..baik dimata masyarakat  tak ada maknanya  ....tetapi hitam didalam hati..

...kita manusia dikurniakan akal sebaik-baik penciptanya..agar kita tahu berfikir mana yang baik dan tak baik..tetapi mengapa masih ada dikalangan masyarakat kita tidak tahu menggunakanya.....

kita manusia ini bukan hidup selama-lamanya..entah bila kita akan dipanggil mengadap ALLAH..mahukah kita pulang dengan benda-benda kotor dek kerana kelakuan kita sendiri...pintu itu sentiasa luas buat hambanya yang mahu kembali...jangan rosakkan kehidupan kita hanya kerana keinginan kita sendiri....jangan berperangai seperti orang gila.......mahukah kamu disamakan dengan panggilan orang gila...?????
fikir dan renungkanlah.....!!!!!
wassalam...

                                                              muhammad yamaluddin
                                                          ...  kenali hati bukan wajah...

1 comment:

  1. ya..betul tu mad....aku sokong sangat2....buat lagi lebih mantap ya..n_n

    ReplyDelete

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku