CERITA TERBARU
Lencana Facebook
Friday, 20 January 2012
Kelebihan Makan Menggunakan Tangan
Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri, tulang ikan atau tulang ayam.
Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan. Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi. Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis. Kenapa? Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi.

disamping itu..tak juga bazir duit nak beli sudu..
p/s: terus terang mad cakapkan..yang mad jenis orang yang x suka makan menggunakan sudu..kerana susah nak makan..lebih2 lagi ayam@ daging..faham2 ja la..anda..?

Fakta Ada Apa Dengan Pandangan Lelaki
1. Pandangan Lelaki yang Gatal : bagi aku aku cukup tidak suka dengan lelaki² yang duk usha awek org especially usha awek aku..dengan selambak badaknya lelaki yang gatal-matal nie usha awek aku sedang aku ada jek kat sebelah tu, mentang kentang aku kecik..ish..dalam hati nie macam nak je aku tumbuk mata mamat² yang gatal nie..tapi apakan daya “dalam hati ada taman” hik3..biasanya pandangan lelaki gatal nie kita leh tgk bila mamat yang pandang tu tgk seorang perempuan dari hujung rambut ke hujung kaki macam tak pernah tgk perempuan, lagi² kalo perempuan tu seksi meksi dan yang “barang baek” punya..
2. Pandangan Mata Lelaki Berusia : nie lagi satu pandangan mata yang aku tak suka,,paling tak suka..pandangan mata lelaki yang berusia ataupun dalam bahasa kasarnya mata orang tua yang gatal. situasi ini juga aku pernah alami bila aku lepak ramai mamai dengan geng² dan beberapa org girl..aku dapat lihat yang mata² org tua yang duduk lepak kat situ meliar melihat kwan² perempuan aku..kalo tgk sekali takpe..nie tgk tepat ke “situ” dan gelak² dengan beberapa org kawan mereka..ish² aku sabar je..nak ku tendang dah tua..nanti ckp aku tak hormat org tua plak..huh, dorang tak tak padan dengan usia lah masih gatal gak..ish..agak² aku bila dah tua nanti gatal lagi ke ek?..fikir-fikirkan lah..
3. Pandangan mata Lelaki Sangap : wakaka..nie nie lagilah..kepada girl² yang berada diluar sana hati² lah bila korang berada disituasi ini, ini kerana korang leh jd mangsa mereka yang seterusnya…situasi ini pernah berlaku kepada kwan² ku bila mereka berjalan sorang² di kota metropolitan mereka ditegur oleh lelaki² yang tidak dikenali dan mengeluarkan kata² kesat seperti “besarnya”, “nyum²’, dan sebagainya..jadi perhatian kepada semua perempuan..jgnlah korang berjalan sorang kat kota metropolitan nie..sekarang mereka mengamalkan konsep 1Malaysia tak kira lah korang bangsa pe pun semua akan menjadi mangsa..huhu..
~SO KEPADA KAUM WANITA TU..JANGANLAH NAK SALAHKAN SESIAPA JIKA LELAKI GATAL2 GAN KORANG..TENGOK DULU CARA PAKAIAN KORANG YE..?
Kelebihan Serai Untuk Kesihatan
1. Sesak Nafas
Penyakit sesak nafas boleh menyebabkan pengidapnya menjadi kurus dan kesukaran untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Pesakit juga tidak tahan dengan udara sejuk. Untuk melegakan penyakit ini, ambil 10 batang serai, gula merah sebesar ibu jari, basuh serai itu serta tumbuk sampai lumat. Bubuh dalam periuk yang mengandungi air sebanyak 2 gelas. Seterusnya masukkan gula merah, didihkannya sehingga tinggal airnya 1 gelas. Apabila sudah suam, tapis dan minumlah. Amalkannya 3 kali seminggu dan bila rasa lebih baik buatlah 2 kali seminggu dan seterusnya.
2. Memutihkan Gigi
Masalah gigi berkarat sering kali dialami oleh kaum lelaki yang merokok. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan serai. Ambil 2 batang serai, basuh dan hiris halus. Kemudian tumbuk sehingga lumat. Campurkan serai tersebut dengan sedikit arang dapur dan gosok pada gigi yang berkarat.
3. Melegakan Pening dan Lesu
Masalah pening dan lesu sering dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Untuk melegakan masalah ini, ambil 1 batang serai, 1 potong kayu manis sepanjang 4 cm, 1 biji cengkih dan gula putih secukupnya. Masukkan semua bahan itu ke dalam gelas. Masukkan air mendidih ke dalamnya. Setelah sejuk dingin, minumlah dan sebaik-baiknya sebelum tidur.
SYARAT PELIK, TUNJUK ANU BARU BOLEH URUT
GEORGETOWN: Tunjuk alat sulit, baru boleh masuk. Itulah syarat pelik yang dikenakan sebuah pusat urut untuk lelaki songsang terhadap pelanggannya sebelum dibenarkan mendapatkan perkhidmatan di premis berkenaan.
Lebih menjijikkan perbuatan itu perlu dilakukan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pintu masuk premis, selain memantau kehadiran pihak berkuasa.
Tindakan menunjukkan kemaluan itu dikatakan menjadi kod pengenalan diri kepada pelanggan untuk masuk ke pusat urut berkenaan.
Perbuatan tidak bermoral di premis berkenaan terbongkar apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.
Ops Noda yang bermula jam 4.30 petang di premis berkenaan yang terletak di Midlands Park, Jalan Burmah di sini, dijalankan selepas polis menerima maklumat mengenai perkhidmatan seks luar tabii di premis itu.
Selain itu, premis berkenaan diserbu selepas dikatakan turut menjalankan operasi rumah urut tanpa lesen. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, semasa serbuan dijalankan, dua lelaki berusia lingkungan 20-an ditahan kerana disyaki melakukan hubungan seks luar tabii.
Pengasas Yahoo letak jawatan mengejut
SAN FRANCISCO — Pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang memutuskan untuk meninggalkan syarikat itu, di tengah-tengah kemelut, selepas hampir dua dekad menerajuinya.
Keputusan mengejutkan itu diumumkan semalam, kira-kira dua minggu selepas Yahoo Inc melantik bekas eksekutif PayPal, Scott Thomson sebagai ketua pegawai eksekutifnya.
Washington Post memetik laporan media berkata, Yang melahirkan sokongan ke atas Thompson dalam keputusannya meninggalkan lembaga pengarah Yahoo.
Beliau menganggotai lembaga pengarah sejak ia ditubuhkan pada 1995.
Yang juga meletakkan jawatan dari lembaga Alibaba Group dan Yahoo Japan. Yahoo sedang mengadakan perundingan untuk menjual pegangan di kedua-dua syarikat itu.
Selain itu, Yang juga akan melepaskan gelatan sebagai "ketua Yahoo”.

Thursday, 19 January 2012
TANDA TANDA LELAKI MASIH TERUNA ATAU TIDAK
Sebelum ini kita membincangkan tanda-tanda wanita masih dara atau tidak kan.Nie pulak kita ambik hal lelaki pulak..Tentunya korang nak tahu kan ?Jom Baca
.Selalunya, seorang lelaki mencari perempuan yang masih ‘dara’ untuk dijadikan sebagai isteri memandangkan itu menunjukkan kesucian dan kehormatan diri buat perempuan itu.
Bila si gadis atau wanita itu ‘hilang’ dara, perkara itu menjadi satu perkara yang sangat besar dan jelas menunjukkan gadis itu tidak bermoral atau mempunyai masalah sosial.
Ramai yang tidak mengetahui kalau golongan wanita memang sinonim dengan perkara ‘dara’ ini, kaum lelaki juga mempunyai teruna!
Beberapa kajian yang dibuat membolehkan kita mengenal pasti sama ada seseorang lelaki itu masih teruna atau pun tidak.
Antara ciri-ciri lelaki teruna yang boleh dikenal pasti adalah;
-Lelaki teruna suka mengintai atau curi-curi pandang perempuan yang cantik berbanding lelaki yang tiada teruna lebih gemar melihat susuk tubuh perempuan.
-Lelaki teruna akan tunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi yang gembira seperti mengetap bibir ketika senyuma manakala lelaki tiada teruna hanya memberikan reaksi bersahaja.
-Lelaki teruna tertunduk malu apabila dipandang wanita, lelaki tiada teruna akan terus mengekalkan pandangan
-Lelaki teruna malu untuk berbicara dihadapan wanita ketika makan.
-Jantung akan berdegup laju apabila mengetahui ada gadis yang menyukainya.
-Lelaki teruna dikatakan agak ‘membosankan’ atau ‘nerd’ ketika bercinta.
-Lelaki teruna sanggup menghabiskan wangnya demi menambat hati si gadis yang di sayangi.
-Lelaki teruna terlalu sensitif dan berasa sedih sekira dirinya diabaikan.
-Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan gadis lain tidak cantik.
Pelik, tetapi itulah benar yang ditunjukkan dalam kajian tentang sikap dan diri seorang lelaki yang masih lagi teruna.
Memang susah untuk percaya lebih-lebih lagi tiada sesiapa yang mengenali diri seseorang lelaki itu melainkan dirinya sendiri.
Terpulang kepada pembaca sama ada untuk percaya atau tidak memandangkan ini hanyalah pendapat kajian.
Lain orang, lain buah fikirannya dan pegangan amalan.

KETAHUI RAHSIA DIRI ANDA MELALUI DARAH
SI DIA BERDARAH “A”….
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’,ini bererti dia tergolong dlm lingkungan individu yg serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri.Umumnya ,golongan ini amat baik terhadap kaum wanita.Setelah mendirikan rumah tangga,dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati..Bak kata org tu,segala2nya dicurahkan kpd isterinya.Bahkan setiap kali kluar rumah,dia selalu ingat kpd anak dan isterinya di rumah.Berbahagialah kamu krn dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yg baik dan sangat bertanggungjawab.Mereka yg tergolong dlm kolompok ini merupakan individu yg ‘gentleman’.Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu.Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yg sempurna.Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yg tidak terurus.Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yg baik.Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah.Berkemungkinan juga,sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan,dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri.Wow!! Bahaya juga tu…
SI DIA BERDARAH “B”…
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yg terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’.Dia hanya melakukan perkara yg dia mahu saja.Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung.Contohnya,ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan,tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman2 hingga larut malam.Berhati2 sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu.Biasanya individu yg tergolong dlm kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga.Apa yg diinginkannya ialah menikmati kehidupan.Tanggungjawab kpd keluarga memang kurg.W/bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu.Kamu perlu ingat,pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan.Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata,berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri hati biarpun terhadap anak sendiri…
SI DIA BERDARAH “O”…
Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’ ,kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental.Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti.Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yg romantis dan sering melindungi kamu.Namun setelah mendirikan rumah tangga,biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yg penting sahaja.Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dlm satu masa.Jangan bimbang,dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yg baik..Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia.Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yg sentiasa bekerja keras.Berhati2 dalam komunikasi korang.jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kpd seorg yg pemalas!!…
SI DIA BERDARAH “AB”…
Beruntung kamu.Individu ini adalah seorg yg prihatin.Ketika kamu sedang sakit,si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms.Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat utk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu.Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya.Sebagai pasangan,kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini.Setelah mendirikan rumah tangga,kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya.Sesungguhnya, dia seorg yg suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri…
ANDA BERDARAH “A”…
Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yg baik.Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara,dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik.Kamu rela bangun pagi utk memasak dan menguruskan rumah tangga.Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yg sempurna.Kadangkala,ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi.Baik kamu ubah sikap sebegini…
ANDA BERDARAH “B”….
Kamu seorg yg trendy dan suka bersosial.Kamu masih belum bersedia utk menjadi isteri dan ibu.Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari.Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman2 dan bijak membawa diri.Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri utk menjadi seorg ibu dan isteri yg baik.Kadangkala,kamu agak egois,namun krn kamu sangat mempersona,teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu.Satu perkara lagi,kamu adalah individu yg boros.Awas!!!…
ANDA BERDARAH “O”…
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan.Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu.Sekiranya suami pulang lewat malam,kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya.Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah.Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu.Awas,nanti suami kamu kesepian.Setelah bergelar ibu,kamu terus mengabaikan penampilan kamu.Ingat!itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita.Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan…?
ANDA BERDARAH “AB”…
Kamu wanita cerdas.Mampu menjaga suami dengan baik.Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional.Waktu yg ada kamu pergunakannya utk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru.Kamu tidak suka menjadi ibu2.Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi.Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu.Sifat “cool”adalah milik kamu.Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki…
FAKTA | AKIBAT SALAH PILIH SAIZ BRA, WANITA MENGALAMI SAKIT PUNGGUNG
FAKTA | AKIBAT SALAH PILIH SAIZ BRA, WANITA MENGALAMI SAKIT PUNGGUNG
JAKARTA: Mungkin tidak ramai wanita mengetahui fakta ini, lebih 80 peratus daripada kalangan mereka di seluruh dunia tersilap saiz pakaian dalam khususnya bra atau coli.
Akibatnya, wanita terbabit menghadapi masalah sakit punggung atau tulang belakang dalam jangka panjang dan apabila dibiarkan berlarutan padahnya mungkin bertambah kronik.
Dr Magiliene Rosalina berkata, seorang chiropraksi (ahli terapi penyakit tulang belakang), menggunakan bra yang kurang tepat atau tidak sesuai menyebabkan kerosakan kekal terhadap payudara.
“Bila bra terlalu ketat, payudara anda akan ditekan sehingga menghalang peredaran darah dan itu boleh menyebabkan kegatalan kepada penggunanya.
“Namun, apabila terlalu longgar pula, payudara anda akan kendur kerana tiada sokongan secukupnya, justeru penting untuk menggunakan bra yang tepat setiap hari,” katanya ketika rancangan bual bicara ‘The Right Support – Sorella’.
Rosalina mendedahkan, antara 70 hingga 80 peratus wanita di dunia menggunakan ukuran bra yang salah.
Malah, tujuh daripada 10 wanita di Indonesia tidak sedar pentingnya kesihatan dengan menjaga payudara.
Menurut alumni fakulti kedoktoran umum Universiti Trisakti itu, payudara boleh berubah ukuran pada masa tertentu dan bra tidak sesuai dengan bentuk payudara akan membuatkannya tidak selesa dan memberi kesan jangka panjang yang cukup buruk.
“Kes penyakit berkaitan bra gagal dikesan secara langsung. Biasanya doktor mengenal pasti ketika pesakit mengadu sakit punggung, dan apabila diperiksa ternyata ia akibat salah ukuran coli,” katanya.
Pengurus Pemasaran Sorella, Lucia Niken, berkata kempen ‘Right Support’ diadakan bagi membantu wanita Indonesia memilih bra yang tepat serta sesuai dengan payudara masing-masing ke arah membantu mereka menjalani cara hidup sihat.
“Dengan kempen ini, Sorella mengajak wanita Indonesia tahu bahawa ukuran payudara yang sebenar dapat membantu memberikan sokongan setiap saat,” katanya ketika promosi kempen berkenaan. – Agensi
Zami Ismail@ pak uda pimai-pimai tangtu Meninggal Dunia : Al-Fatihah
Pelakon veteran Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.30 pagi sebentar tadi. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara.
Arwah dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.
Sebarang info terkini akan kami update. Jadi, sama-samalah kita mendoakan agar arwah aman di alam sana dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. Amin…
Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.
p/s: sama2 kita mendoakan agar arwah dicucuri rahmat..AL-FATIHAH..
Pakar Bedah Terkejut Jumpa Kaki Dalam Otak
COLORADO SPRINGS – Sekumpulan pakar bedah di sini terkejut apabila menemui satu kaki kecil dengan beberapa bahagian badan lain di dalam otak seorang bayi, lapor sebuah akhbar semalam.
Pakar bedah itu menemui kaki tersebut ketika melakukan pembedahan untuk membuang apa yang dipercayai pada mulanya sebagai tumor.
Bayi itu, Sam Esquibel yang berumur tiga bulan, digelar bayi ajaib kerana masih hidup selepas pembedahan dilakukan oleh sekumpulan doktor di Hospital Memorial Colorado Springs.
Mereka mula mengesan tumor pada otaknya dengan menggunakan mesin pengimbas ultrasound ketika ibu Sam, Tiffnie Esquibel sedang hamil.
“Saya terpaksa berhenti seketika selepas melihat kaki itu tiba-tiba keluar dari ketumbuhan tersebut kerana saya tidak pernah melihat kaki berada dalam otak,” kata pakar bedah saraf, Dr Paul Grabb.
Pakar itu akhirnya membuang semua ketumbuhan itu yang turut mengandungi satu paha dan tangan.
Pakar-pakar percaya bahawa kaki itu merupakan teratoma iaitu tumor yang mengandungi beberapa tubuh badan yang tidak sempurna. – Agensi
Wanita terkaya dihukum mati
Wu Ying diiringi dua anggota polis ketika dihadapkan ke mahkamah di Zhejiang atas tuduhan menipu. - AGENSI
SHANGHAI 19 Jan. - Mahkamah Agung China hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang wanita yang pernah tersenarai sebagai wanita terkaya di China selepas dia didapati bersalah melakukan penipuan melibatkan AS$60 juta (RM186 juta).
Menurut akhbar Daily Shanghai, mahkamah agung wilayah timur Zhejiang semalam menolak rayuan yang dikemukakan Wu Ying, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bense Holding yang terlibat dalam mengutip dana secara haram.
"Hukuman yang dijatuhkan setimpal dengan perbuatan pesalah," kata mahkamah.
Wu disenaraikan sebagai wanita keenam terkaya di China pada 2006, menurut Laporan Hurun yang disiarkan dalam majalah-majalah ternama di China.
Agensi berita Xinhua melaporkan, syarikatnya, Bense, menjalankan pelbagai perniagaan dari perhotelan hingga bahan-bahan binaan.
Dalam kesnya, Wu mengutip dana daripada golongan pelabur dengan menjanjikan pulangan sebanyak 80 peratus, namun dia menyalahgunakan wang tersebut untuk membayar hutangnya.
Hukuman mati tersebut, bagaimanapun perlu diteliti Mahkamah Agung Rakyat.
Pihak berkuasa menahan Wu pada 2007 dan dia didapati bersalah buat kali pertama pada 2009 dan dibicarakan sejak April tahun lalu selepas mengemukakan rayuan. - AFP
Tuesday, 17 January 2012
Cara Memanjangkan Hayat Bateri Handphone
Handphone merupakan keperluan masa kini. Untuk yang berkemampuan, tukar handphone boleh diumpamakan seperti menukar baju. Tapi untuk yang kurang berkemampuan, mereka seboleh bolehnya mahu menjaga handphone dengan baik.
Bateri merupakan nadi sesuatu handphone. Walaupun bateri tidak mempunyai kaitan dengan fungsi application handphone tetapi bateri juga harus diberi penjagaan yang baik. Tentu ada antara kita yang pernah mengalami masalah bateri rosak, bateri kembung. Masalah ni penting kerana ia menyebabkan handphone kita tidak dapat mengesan kuasa bateri kita.
1. Off handphone ketika mengecas
Ketika sedang mengecas bateri handphone, sebaiknya pastikan handphone anda dalam keadaan OFF. Ini kerana ketika handphone dalam keadaan ON, arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri kerana terdapat penambahan beban pada proses kimia dalam bateri.
Ketika mengecas handphone di dalam kereta, kita menggunakan port pemetik api sebagai sambungan. Voltage pada kereta selalunya tidak stabil dan menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Maka apabila anda selalu mengecas dalam kereta, komponen bateri akan mudah rosak.
3. Habiskan bateri (empty) sebelum dicas
Pastikan bateri handphone betul-betul habis sebelum dicas semula. Ini untuk menghidarkan dari terjadi memory effect.
3. Habiskan bateri (empty) sebelum dicas
Pastikan bateri handphone betul-betul habis sebelum dicas semula. Ini untuk menghidarkan dari terjadi memory effect.
Apa pun jenis bateri handphone, proses mengecas untuk pertama kali selepas handphone dibeli adalah sangat penting dalam menentukan usia bateri. Ini kerana apabila kita mengecas bateri, seluruh sel dalam handphone berfungsi; maka disebabkan itulah cas untuk kali pertama disarankan waktunya lebih panjang, sekurang kurangnya 3jam. Untuk bateri nikel metal hybrid (Ni-Mh) nikel cadmium (Ni-Cd) ia memerluka masa selama 8jam.
5. Sentiasa kawal
Mengecas bateri terlalu lama juga tidak baik kerana ia boleh merosakkan komponen di dalam bateri itu sendiri. Oleh itu kita hendaklah mengawalnya. Ini kerana di negara kita masih kurang charger yang akan off secara automatik apabila bateri sudah penuh.
6. Elakkan Haba
Jauhkan bateri dari sumber haba yang boleh menyebabkan bateri handphone tersebut meletup.
Monday, 16 January 2012
Video Suara Aneh Datang Dari Ruang Udara Di Sarawak
Warga Kampung Endap di Kota Samarahan, Sarawak tidak boleh tidur malam sejak beberapa hari yang lalu akibat bunyi aneh yang memenuhi ruang udara pada waktu malam.
Bunyi yang seakan dengkusan kuat ini akan hanya berhenti apabila menjelang subuh. Apakah ia? Warga Samarahan mahukan jawapan dari pihak berkenaan. Ada teori mengatakan ini bunyi dari kilang yang beroperasi berhampiran tetapi pihak kilang menyangkal kerana mereka sudah beroperasi selama 10 tahun dan mengapa hanya kini mahu membuat bunyi aneh. Saksi juga mengatakan bunyi ini datang daripada langit dan bukan dari kilang.Amat menakutkan bagi pendengar.Ini Bukan gurauan ini satu petanda kiamat sudah dekat…MASYALLAH
GANTI RUGI RM23 JUTA KERANA KEMALUAN PENDEK
(gambar hiasan tiada kaitan dengan artikel)
EL CAJOUN: Seorang bekas kelasi diberi ganti rugi sebanyak AS$7.5 juta (RM23.25 juta) dalam satu kes kemalangan kereta di California yang menyebabkan kemaluannya menjadi pendek kira-kira 1.27 sentimeter.
Matthew Wall yang baru berkahwin mengalami kecederaan dan kerosakan saraf pada kemaluannya berikutan kemalangan pada 2007 itu.
Lelaki berusia 27 tahun itu menjalani pembedahan membetulkan zakarnya dan ia menyebabkan ia semakin pendek sebanyak 1.27 sentimeter berbanding sebelum kejadian.
Juri di mahkamah El Cajoun, memberikan ganti rugi kepadanya sebagai pampasan untuk kesakitan, penderitaan, kos perubatan serta kehilangan punca pendapatan yang dialaminya.. – Agensi
Pesanan Untuk Orang Cantik
Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadangkadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semula jadinya buruk.
Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV.
Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.
Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!
sumber: iluv islam

Terjun bangunan elak ditangkap
Terjun bangunan elak ditangkap
PORT DICKSON - Gara-gara melarikan diri dari operasi polis, seorang wanita berusia 36 tahun sanggup menggadaikan nyawa dengan terjun dari tingkap bahagian dapur rumahnya di tingkat empat bangunan Blok A Taman Sri Bandar, Port Dickson, jam 11.45 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, wanita terbabit adalah pesalah yang dikenakan sekatan di Bagan Serai, Perak atas kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas).
Menurutnya, wanita yang cedera di bahagian kaki kiri, pinggang dan leher itu didapati melanggar syarat dengan pulang semula ke Port Dickson.
“Ketika operasi yang dijalankan untuk menyiasat kes itu, suspek berada di rumah bersama ibu dan dua anaknya.
“Bagaimanapun siasatan terperinci akan dilakukan bagi menyiasat kejadian sebenar,” katanya kepada pemberita.
Baljeet berkata, suspek terbabit dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.
Operasi itu dilakukan anggota unit Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson diketuai Inspektor Norsaiful Ahmad Najib bersama lima anggota.
Difahamkan, ketika operasi dilakukan, gril rumah suspek dalam keadaan berkunci dan pintunya sedikit terbuka.
Suspek yang enggan memberi kerjasama kemudian cuba melarikan diri kira-kira 20 minit selepas polis mengetuk pintu.
Seorang penduduk, A Krishnan, 58, berkata, ketika kejadian, dia berada di bahagian ruang tamu rumah dan terdengar bunyi sesuatu berat terhempas.
“Isteri saya yang kebetulan sedang memasak di dapur segera melihat di bahagian luar dan ternampak seorang wanita sudah terbaring serta mengerang kesakitan.
“Wanita berkenaan jatuh berhampiran belakang rumah saya dan dia baru sahaja beberapa bulan pindah di blok ini di mana sebelum ini, dia bersama keluarganya menyewa di Blok A hampir setahun lalu,” katanya.
Suspek pada awalnya dilihat cuba berpaut pada sebatang paip yang terdapat di dinding bangunan sebelum tersangkut pada besi ampaian dan terjatuh.
Sikap Kita Menentukan Segalanya
~~kaTA-KATA mutiara.."sikap"
Semakin lama saya hidup, semakin saya sadar
Akan pengaruh sikap dalam kehidupan
Sikap lebih penting daripada ilmu,
daripada wang, daripada kesempatan dan peluang,
daripada kegagalan, daripada keberhasilan,
daripada apapun yang mungkin dikatakan
atau dilakukan seseorang.
Sikap lebih penting
daripada penampilan, kurnia, atau keahlian.
Hal yang paling menakjubkan adalah
Kita memiliki pilihan untuk menghasilkan
sikap yang kita miliki pada hari itu.
Kita tidak dapat mengubah masa lalu
Kita tidak dapat mengubah tingkah laku orang
Kita tidak dapat mengubah apa yang pasti terjadi
Satu hal yang dapat kita ubah
adalah satu hal yang dapat kita kontrol,
dan itu adalah sikap kita.
ada pepatah yang mengatakan..."apa yang kita ambil hari ini
itu yang akan menentukan siapa kita hari esok.."
dan hal itu adalah sikap kita...
Saya semakin yakin bahawa hidup adalah
10 peratus dari apa yang sebenarnya terjadi pada diri kita,
dan 90 peratus adalah bagaimana sikap kita menghadapinya.
Akhirnya: Seluruh pilihan terletak di tangan Anda, tidak ada JIKA atau TETAPI. Andalah pengemudinya. Andalah yang menentukan JALAN HIDUP ANDA…!
salam sayang dariku..!! "muhammad yamaluddin" merungkai setiap persoalan disini..?

Sunday, 15 January 2012
Foto: Isteri Hattan Peluk Lelaki Lain Di Ranjang, Punca Perceraian?
Selepas 2 bulan berkahwin, Hattan dan Farah Asyikin sah bercerai talak satu dan ini benar-benar mengejutkan !. Mana mungkin kahwin hanya 2 bulan? Sesuka hati saja. Menurut seorang pengguna forum hiburan, Farah Asyikin sebenarnya mempunyai banyak masalah sebelum berkahwin dengan Hattan lagi.
Dikhabarkan, Farah Asyikin pernah berhutang dengan seseorang dalam jumlah yang banyak. Tidak cukup disitu, dia turut dituduh pernah menggugurkan kandungan hasil hubungan sulitnya bersama kekasih ketika berada di Indonesia. Dan kini, masih tidak dapat dipastikan apakah yang menjadi punca perceraian mereka berdua.
Betul ke artis ni memang suka kahwin dan cerai ikut suka hati saja? Haih, habis madu sepah dibuang.

Datuk Siti Nurhaliza Dicalonkan Dalam 6 kategori di Intuned Music Awards 2011
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dicalonkan dalam enam kategori di Intuned Music Awards 2011. Intuned Music Awards merupakan anugerah yang menghimpunkan artis dari seluruh dunia.
Penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu dicalonkan dalam kategori “Artis/Band Pilihan”, “Penyanyi Solo Wanita Terbaik”, “Album Terbaik”, “Muzik Video Terbaik”, “Penggunaan Media Sosial Terbaik” dan “Penyanyi Wanita Paling Seksi”.
Dalam kategori “Artis/Band Pilihan”, Siti bakal bersaing dengan Avril Lavigne, Kim Hyun Joong, Lady Gaga, Agnes Monica dan Super Junior.
Dalam perkembangan lain, satu dokumentari khas “Siti Nurhaliza” yang telah disiarkan di saluran HISTORY pada pukul 10 malam tadi. (KLIK SINI) untuk lihat video.
Penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu dicalonkan dalam kategori “Artis/Band Pilihan”, “Penyanyi Solo Wanita Terbaik”, “Album Terbaik”, “Muzik Video Terbaik”, “Penggunaan Media Sosial Terbaik” dan “Penyanyi Wanita Paling Seksi”.

Manakala dalam kategori “Penyanyi Solo Wanita Terbaik, antara pesaing sengit Siti termasuk Taylor Swift, Shakira, Christina Aguilera, Lady Gaga, Agnes Monica dan Adele.
Sementara dalam kategori “Album Terbaik 2011”, antara yang tercalon termasuk “All Your Love” Siti Nurhaliza, “21” Adele dan Born This Way” Lady Gaga.
Lebih manis, semalam merupakan hari ulangtahun Siti yang ke 33. Penyanyi itu bersama suaminya kini sedang bercuti di Dubai meraikan hari bahagia tersebut.
Sheila Bergaya Tanpa Seluar Dalam
JAKARTA : Maria Joseph, ibu pelakon Sheila Marcia, berkata dia tidak terperanjat apabila mengetahui gambar seksi anaknya itu disebar di Internet.
Malah, dia membuat keputusan untuk tidak mengambil berat perkara itu.
“Saya tak mahu komen fasal gambar itu,” katanya, semalam.
Maria percaya perbuatan itu dilakukan oleh orang yang membenci Shiela.
“Kasihan mereka kerana mereka hanya mengotorkan hati mereka sendiri,” katanya.
Gambar seksi Sheila Marcia dimuat naik dalam laman Twitter oleh pemegang akaun yang menggunakan nama samaran @Neen_martha dan beberapa kali menyebut nama Sheila.
Dalam gambar itu, Sheila dilihat bergaya di dalam bilik air tanpa memakai seluar dalam.
Ada juga gambar di mana dia bergaya di atas sinki. – Detikhot
P/S: SEJAUH MANA KESAHIHANNYA..TUNGGU SAMBUNGAN AKAN DATANG...

Nenek Dirogol Ketika Kutip Durian Di Kebun
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang bersendirian, terkejut dan rebah selepas disergah lelaki terbabit sebelum suspek mengikat tangan wanita berkenaan menggunakan kain dan merogolnya.
Mangsa menggagahkan diri melepaskan ikatan tangan dan pulang mengadu dirinya dirogol kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 10 pagi.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan siasatan sedang dijalankan.
“Siasatan awal mempercayai suspek sudah lama memerhati mangsa dari jauh sebelum menyerang dan bergelut dengan mangsa,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan rogol. – BHarianOnline
GARA GARA SMS, ISTERI PARAH DI BELASAH SUAMI
KUALA LUMPUR: Gara-gara SMS, seorang isteri berusia 26 tahun teruk dibelasah suami yang cemburu di rumah mereka di Setapak, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suami mangsa yang berusia 30-an itu terbaca SMS dalam telefon bimbit isterinya yang dihantar seorang rakan perempuan.
Sumber polis berkata, dalam SMS dihantarnya rakan itu bertanya hubungan mangsa dengan seseorang lelaki dan ia amat mengejutkan suami mangsa.
Menurutnya, suspek mengejut mangsa yang tidur sebelum berlaku pertengkaran.
“Mangsa menafikan ada hubungan dengan lelaki lain dan dan memberitahu semua itu hanya salah faham namun suspek masih tidak berpuas hati dan mendakwa isterinya curang.
“Suspek naik angin dan menumbuk muka mangsa beberapa kali tanpa mempedulikan rayuan mangsa menyebabkan mangsa cedera di muka dan lebam seluruh badan,” katanya.
Menurutnya, lebih kejam, lelaki terbabit duduk di atas badan dan menarik rambut mangsa sebelum keluar rumah.
Tidak tahan dengan sikap panas baran suami, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Jinjang.
dato lee chong wei MENANG LAGI..!!
KUALA LUMPUR - Selepas menutup tirai 2011 dengan tiga kekalahan berderet, jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei membuka langkahnya pada tahun Olimpik 2012 dengan memahat dua kemenangan berturut-turut apabila merangkul kejuaraan kelapan Terbuka Malaysia di Stadium Juara, Bukit Jalil semalam.
Malah, Chong Wei bukan saja berjaya menumbangkan dua musuh terbesarnya dari China, Lin Dan dan Chen Long dalam tempoh seminggu tetapi juga bakal meraikan Tahun Baru Cina dengan angpau paling besar selepas mengumpul AS$105,000 (RM329,000) hasil daripada dua gelaran yang diraih, Terbuka Malaysia dan Korea, dua minggu lalu.
Dia menambah hadiah kemenangan kepada AS$30,000 (RM94,000), iaitu seminggu selepas membawa pulang AS$75,000 (RM235,000) dari Seoul hasil kejayaan menumbangkan seteru ketat, Lin Dan di final.
"Ini adalah kemenangan paling mudah yang pernah saya harungi daripada lapan perlawanan akhir yang saya sertai tetapi yang lebih penting saya gembira dapat menerima penghormatan menyamai rekod lapan kejuaraan milik legenda Malaysia.
"Mungkin ia adalah kemenangan yang amat banyak tetapi saya rasa saya masih mahukan satu lagi gelaran sebelum bersara, saya akan mencari kejuaraan kesembilan tahun depan," kata Chong Wei sejurus tamat perlawanan yang hanya berlangsung selama 37 minit.
Biarpun di atas kertas Tago, 22, bukanlah pemain yang terlalu lemah; menghuni ranking ke-12 dunia dan pernah bergelar naib juara All England, namun di atas gelanggang, jaguh muda Jepun itu jelas bukan tandingan Chong Wei, yang terlalu jauh meninggalkannya dalam semua aspek permainan.
Turut menyaksikan perlawanan itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta pengurusan tertinggi Maybank dan BAM. Sementara itu, Tago sendiri mengakui, bahawa faktor penonton sebenarnya tidak terlalu memainkan peranan, sebaliknya dia akur pemain Malaysia itu memang jauh lebih unggul.
"Memang dia memiliki kelebihan penonton tetapi saya sudah bersedia dengan semua itu kerana saya telah melihat keadaan di stadium ketika dia menentang Chen Long malam tadi. Pada saya, kekalahan saya hari ini adalah kerana dia jauh lebih hebat daripada saya setiap kali kami bertemu.
"Selepas kalah dalam semua 11 pertemuan kami, saya perlu bekerja lebih keras dan akan terus berusaha untuk mencari jalan bagaimana saya dapat mengalahkan dia dan Lin Dan, satu hari nanti," kata Tago.
Bagi Chong Wei, membuka tahun baru dengan dua kemenangan besar dan mengalahkan dua pencabar paling sukar telah melonjakkan motivasinya untuk menghadapi musim 2012 yang amat genting, terutama dengan Sukan Olimpik bakal menanti, Julai ini.
Bagaimanapun akui Chong Wei, selepas dua kemenangan ke atas Lin Dan dan Chen Long dia harus lebih berhati-hati terhadap pemain-pemain China itu kerana mereka mungkin akan bangkit dengan lebih kuat.
Sementara itu, Terbuka Malaysia 2012 meninggalkan kenangan yang amat manis buat beregu wanita Denmark, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl apabila merangkul kejuaraan Siri Super pertama dalam karier mereka dengan mengejutkan pilihan kedua Korea, Ha Jung Eun-Kim Ming Jung 21-19, 21-18.
Beregu lelaki juga menampilkan pemenang tidak diduga, pasangan Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu yang menundukkan Cho Gun Woo-Shin Baek Choel 16-21, 21-16, 21-16, manakala juara dunia dan pasangan No. 1 dunia, Zhang Nan-Zhao Yunlei menumpaskan rakan senegara, Xu Chen-Ma Jin 21-12, 21-9 untuk muncul juara beregu campuran.
Gelaran kedua China pada Terbuka Malaysia menjadi milik pemain No. 1 dunia, Wang Yihan dalam perseorangan wanita selepas menumpaskan Wang Xin 21-19, 21-11.
SUMBER DIPETIK: UTUSAN
Subscribe to:
Posts (Atom)